Isnin, 2 Mac 2015

TRANSFORMASI POTENSI DIRI MENJANA KECEMERLANGAN


Pada 1 Mac 2015 (Ahad),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Tun Sardon, Rengit Batu Pahat, sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, : Transformasi Potensi Diri Menjana Kecemerlangan dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (11.00 pagi. hingga 1.00 ptg). dihadiri oleh 100 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 sekolah tersebut .  Program ini diadakan di Dewan A, SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pentadbir SMK Tun Sardon dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan