Sabtu, 30 April 2016

PROGRAM MOTIVASI DARJAH KHAS 2016, SEKOLAH AGAMA SERI BEROLEH BATU PAHAT



 Pada 30 April 2016 (Sabtu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Darjah Khas 2016, Sekolah Agama Seri Beroleh, Batu Pahat, Johor, untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Sahsiah Cemerlang, Pelajar Terbilang. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (9.00 pagi hingga 11.00 pagi) dihadiri oleh lebih 60 orang peserta terdiri daripada pelajar Darjah Khas, Sekolah Agama Seri Beroleh, Batu Pahat. Program ini berlangsung di Pusat Rekriasi Pantai Penyengat, Muar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Guru Besar En. Md. Nizam bin Ibrahim dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.










Khamis, 7 April 2016

MOTIVASI CALON PT3, SMK. DATO SULAIMAN, BATU PAHAT : TRANSFORMASI POTENSI DIRI - MEMILIH UNTUK BERJAYA MEREALISASIKAN IMPIAN

 Pada 3 April 2016 (Ahad),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Kecemerlangan PT3 2016 anjuran SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Memilih Untuk Berjaya Merealisasikan Impian. Slot ceramah mengambil masa 2 jam (9.30 pagi hingga 11.30 pagi) dihadiri oleh lebih 180 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 calon PT3 2016 dan ibu bapa pelajar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua, Unit Kecemerlangan SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Unit Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.