Khamis, 31 Disember 2015

SALAM TAHUN BARU 2016

Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2016?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2015 ke tahun 2016, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016!.

Rabu, 30 Disember 2015

PROMOSI SEMPENA TAHUN BARU 2016


MY SMART GOLDEN  WORK TRAINING  & CONSULTANCY

Menawarkan Sebut Harga Sempena Tahun Baru 2016


BIL
PROGRAM
TEMPAT
HARGA ASAL
PROMOSI
1.
Ceramah  2 Jam
Sekolah
300.00
250.00
2.
Ceramah/Bengkel ½ hari
Sekolah
600.00
550.00
3.
Ceramah/Bengkel 1 hari*
Sekolah
1300.00
1200.00
4.
Program Titisan Kasih Permata Hati
Sekolah
650.00
600.00
5.**
Ceramah keibubapaan 2 Jam
Sekolah
400.00
300.00
     **HOT !! PERMINTAAN YANG TINGGI

PROMOSI BENGKEL PERSIAPAN KERJAYA (Career Preparation Workshop)
Khas Untuk Pelajar Menengah Atas & Pelajar Pra U

Pakej
Pakej Harga 
Tempat

½ Hari (8.30 pagi – 1.00 ptg)


RM 550.00


Sekolah/Pilihan

1 Hari (8.30 pagi – 4.30 ptg)


RM 1100.00


Sekolah/Pilihan

Ringkasan Kursus :

Kursus ini akan merangkumi pengisian berikut :

Modul   1         -           Ceramah  :  Prospek Pasaran Kerjaya Masa Kini.
Persiapan diri untuk masuk dalam pasaran kerja sama ada sektor awam atau sektor swasta.

Modul 2            -          Ujian Minat Kerjaya, untuk mengetahui kecenderungan kerjaya
                                    peserta .

Modul 3            -           Bengkel  penulisan resume yang berkesan.
                                   
Modul 4            -          Kemahiran Temuduga & Simulasi Temuduga/Mock Interview.
                                    Jenis-jenis Temuduga. Persiapan  sebelum temuduga dari segi 
                                    mental, pengetahuan, penampilan dan penyediaan fail
                                    sijil-sijil yang berkaitan. Tatatertib dan etika semasa temuduga.
                                   
Modul 5            -           Soal Jawab & Rumusan.

CATATAN :
  • Tawaran ini hanya untuk bulan Januari, Febuari dan Mac bagi kawasan Daerah Batu Pahat, Muar, Kluang, Pontian dan Segamat sahaja.
  •  Caj ini hanya untuk untuk caj konsultan, pembangunan modul, alat bantu mengajar  dan  alat guna habis sahaja.
  •  Tidak termasuk jamuan, penginapan para peserta dan  penceramah, nota dan kos  pengangkutan para perserta.
  •   *Fasilitator akan digunakan dalam program ini.

Khamis, 10 Disember 2015

CERAMAH & BENGKEL DI PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) - TRANSFORMASI POTENSI DIRI 2015 : MINAT & KECENDERUNGAN






Pada 9 Disember 2015 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi oleh Pusat Pengajian Diploma UTHM untuk menyampaikan ceramah & bengkel bertajuk, - Tranformasi Potensi Diri 2015 : Minat & Kecenderungan. Slot ceramah & bengkel ini mengambil masa 3 jam (9.00 pagi hingga 1.00 ptg) dihadiri oleh pelajar Diploma Program IT, yang dibahagikan kepada 2 kumpulan sasaran. Setiap kumpulan mengandungi 30 orang peserta pelajar Diploma IT, Semester 1 Tahun 2015.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pusat Pengajian Diploma UTHM, terutama Pn. Ida Aryanie Bahrudin selaku penyelaras program dan semua  yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Selasa, 8 Disember 2015

TAHNIAH ANDA CEMERLANG PT3 2015




Pada 7 Disember  2015 (Isnin) keputusan PT3 2015 telah diumumkan.  Warga My Smart GW mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon PT3 2015  kerana berjaya dengan cemerlang dalam PT3  2015, terutama khusus untuk ibu bapa dan pelajar yang mengikuti program kami..

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua. 



Life is not by chance, but by choice

- Pengarah Urusan My Smart GW