Selasa, 5 Julai 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1437H/2016M



InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M  pada 06 Julai 2016 (Rabu). Sehubungan dengan itu Warga My Smart Golden Works mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H/ 2016M dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian.

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.