Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014







Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2014?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2013 ke tahun 2014, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!.

Sabtu, 21 Disember 2013

KURSUS MOTIVASI DIRI DAN KECEMERLANGAN PEMBANTU MAKMAL C17 & C22, DAERAH BATU PAHAT.

Pada 19 Disember 2013 (Khamis), bersempena dengan Program Kursus Motivasi Diri dan Kecemerlangan Pembantu Makmal C17 & C22 Daerah Batu Pahat, anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan C-Lab Daerah Batu Pahat.  En. Mohd Daud bin Salleh telah diundang untuk menyampaikan ceramah bertajuk :  Semarak Minda Pekerja - Transformasi Kualiti Potensi Diri Menarik Kecemerlangan.  Slot ini mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi), berlangsung di Balai Ilmu, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, dihadiri oleh lebih 160 orang Pembantu Makmal seluruh sekolah menengah Daerah Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak  Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, Pengerusi dan AJK C-Lab Batu Pahat atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 19 Disember 2013

TAHNIAH ANDA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DALAM PMR 2013



Pada 19 Disember  2013 (Khamis) keputusan PMR 2013 telah diumumkan.  Warga My Smart GW mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon PMR 2013  kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2013, terutama khusus untuk ibu bapa dan pelajar yang mengikuti program kami..

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua. 


Life is not by chance, but by choice

- Pengarah Urusan My Smart GW