Khamis, 16 Julai 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1436H/2014M


InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M  pada 17 Julai 2015 (Jumaat). Sehubungan dengan itu Warga My Smart Golden Works mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/ 2015M dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian.

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

Selasa, 7 Julai 2015

PROGRAM MOTIVASI CALON SPM 2015 SMK PERMATA JAYA, BATU PAHAT.




Pada 2 Julai 2015 (Khamis),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Calon SPM 2015 anjuran SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan & Belajar Satu Ibadah dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (8.30 pagi. hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 80 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan  calon SPM tahun 2015  (Kumpulan Pilihan).   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua  SMK Permata Jaya, Batu Pahat, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Jumaat, 3 Julai 2015

TRANSFORMASI POTENSI DIRI MENARIK KEJAYAAN




Pada 1 Julai 2015 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Calon PT3 2015 anjuran SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan & Belajar Satu Ibadah dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (8.30 pagi. hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 50 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 calon PT3 tahun 2015  (Kumpulan Pilihan).   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua  SMK Permata Jaya, Batu Pahat, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.