Khamis, 15 Mac 2012

TARIKH RASMI PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011

السلام عليكم
Salam Sejahtera.






Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 6 Mac 2012

KURSUS BIMBINGAN INTENSIF MEdSI & TEMUDUGA KE PROGRAM ISMP (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN) DAN DPLI DI IPTA

Assalamu'alaiku Wr. Wb.
Salam Sejahtera,

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ..... JOM MENDAFTAR SEKARANG, SELAGI KEKOSONGAN MASIH ADA PENYERTAAN ADALAH TERHAD.....


Bimbingan Intensif MEdSI akan diadakan seperti ketentuan berikut :


Tarikh : 15 April 2012 (Siri Ke-3)
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan SK Banang Jaya, Km 8, Jln. Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.


Cara Mendaftar :
  1. SMS butiran diri : Nama, No. K.P dan No. Telefon kepada 0197520557 atau email butiran tersebut kepada mornidaud@hotmail.com
  2. Pendaftaran boleh juga dibuat secara "online" melalui website (di page MEdSI/INSAK/MTeST).
  3. Bank in yuran penyertaan ke akaun CIMB : 01140001338055
  4. Sila bawa slip transaksi bank sebagai bukti pembayaran semasa pendaftaran untuk pengesahan penyertaan.
Yuran Penyertaan : Hanya RM 60.00/seorang. Peserta terhad untuk 200 orang sahaja. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.

Catatan :
  1. Tarikh menduduki Ujian MEdSI adalah pada 28 April 2012
  2. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui web Majlis Peperiksaan Malaysia di www. mpm.edu.my mulai 20 April - 27 April 2012.

Ahad, 4 Mac 2012

CERAMAH MOTIVASI KEIBU BAPAAN SK PESERAI, BATU PAHAT, JOHOR.



Pada 28 Februari 2012 (Selasa), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Kecemerlangan. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (8.00 malam hingga 10.00 malam) dihadiri oleh 145 orang ibu bapa murid tahun 6, berlangsung di Dewan Maufakat SK Peserai.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Besar, YDP PIBG SK Peserai Mejar Onn bin Abd. Wahab dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.