Khamis, 23 Januari 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER SK KG. BARU SENGGARANG






Pada 22 Januari 2014 (Rabu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.00 pagi hingga 1.00 petang) dihadiri oleh  60 orang Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kg. Baru Senggarang, di Dewan SK Kg. Baru Senggarang, Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Besar, Unit HEM dan semua guru SK Kg. Baru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.