Ahad, 16 Mac 2014

POROGRAM KEIBUBAPAAN SK GAMBUT, PT. SIMIN, SEMERAH, BATU PAHAT.




Pada 15 Mac 2014 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh Pengarah Urusan My Smart Golden Work TC  telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Keibubapaan dengan ceramah bertajuk :  Bahagia Membahagiakan Menjana Kecemerlangan. Program ini bermula  jam 8.30 pagi hingga  10.30 pagi  dihadiri oleh 50 orang dikalangan ibubapa dan 25 orang pelajar Tahun 6   Program ini dijalankan di SK Gambut, Pt. Simin, Semerah, Batu Pahat, Johor. 
  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Guru Besar, Unit HEM, PIBG  dan semua guru SK Gambut  yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Jumaat, 7 Mac 2014

PROGRAM MAJU DIRI PELAJAR TINGKATAN 2, SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT.







Assalamu'alaikum Wr. Wb.

 Pada 6 Mac 2014 (Khamis), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Maju Diri dengan menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Kecemerlangan Pelajar.  Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.00 pagi hingga 1.00 ptg) dihadiri oleh 200 orang pelajar puteri (Pelajar Tingkatan 2), SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. Program diadakan di Dewan SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. 
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua,  Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTI (P) dan semua guru yang terlibat, atas undangan  ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 2 Mac 2014

KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN SMK SRI GADING BATU PAHAT, JOHOR.






Pada 1 Mac 2014 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh dan En. Muhammad Zaim daripada My Smart Golden Work TC  telah diundang sebagai Perunding Motivasi Kursus Kecemerlangan Kepimpinan : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Kursus ini bermula  jam 8.00 pagi hingga  5.30 petang  dihadiri oleh 160 orang pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SMK Sri Gading, Batu Pahat Johor. Kursus dijalankan di SMK Sri Gading, Batu Pahat, Johor. 
  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit HEM dan semua guru SMK Sri Gading yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.