Isnin, 14 November 2011

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : SIJIL PALING MUSTAHAK


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM (Sijil Paling Mustahak)
KEPADA SEMUA CALON SPM 2011 SELURUH NEGARA


KEPENTINGAN SPM (Sijil Paling Mustahak)

Biar apa pun kerjaya yang menjadi idaman anda, seperkara sangat penting yang akan menjadi faktor penentu dalam mengorak langkah memastikan idaman menjadi kenyataan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang peperiksaan bertulisnya akan anda duduki pada 14 November 2011 ini.

SPM boleh juga kita katakan sebagai SIJIL PALING MUSTAHAK.

Oleh itu anda hendaklah menetapkan matlamat untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan diambil itu. Tidak ada pilihan lain lagi daripada SPM.

Oleh itu bagi memastikan anda akan terus berjaya untuk untuk melanjutkan pendidikan selepas SPM yang membolehkan anda mengambil bidang kerjaya yang diimpikan, keputusan peperiksaan SPM adalah penting. Ia adalah SIJIL PALING MUSTAHAK (SPM).


Selasa, 8 November 2011

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : UJIAN DAN PENGORBANAN


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati. Kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki melalui ujian dan memerlukan pengorbanan.

Selasa, 1 November 2011

SEMINAR SIVIK & KEWARGANEGARAAN SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR, SENGGARANG.




En. Mohd Daud Salleh sedang menyampaikan ceramah
bertajuk : Revolusi Potensi Diri Menarik Kejayaan Dimensi Baru


Pada 01 November 2011 (Selasa), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Revolusi Potensi Diri Menarik Kejayaan Dimensi Baru. Slot ceramah ini mengambil masa 3 jam (11.00 pagi hingga 1.00 petang) dihadiri oleh 160 pelajar tingkatan satu, anjuran Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, SMK Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan, SMK Tunku Mahmood Iskandar, AJK program dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.