Rabu, 25 Januari 2017

CERAMAH KEPIMPINAN PENGAWAS SMK DATIN ONN JAAFAR, BATU PAHAT.



 Pada 24 Januari 2017 (Selasa),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas Sekolah. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (12.00 petang hingga  2.00 petang) dihadiri oleh lebih 105 orang peserta terdiri daripada Pengawas SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan Seminar SMK Datin Onn Jaafar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, En. Ragu Raman Raja Gopal Kaunselor Pelajar SMK Datin Onn Jaafar, AJK Program dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





Ahad, 1 Januari 2017

SALAM TAHUN BARU 2017



Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2017?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke tahun 2017, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017!.