Khamis, 24 September 2015

SALAM AIDILAHDA 1436H/2015M


In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1436H/2015M  pada 24 September 2015 (Khamis). Sehubungan dengan itu warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1436H/ 2015M dan Maaf Zahir Batin kepada kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. 

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 


Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

Rabu, 23 September 2015

KURSUS KECEMERLANGAN PEMBANTU MAKMAL C22 & C17 DAERAH BATU PAHAT.




Pada 22 September 2015 (Rabu), bersempena dengan Program Kursus Kecemerlangan Pembantu Makmal C17 & C22 Daerah Batu Pahat, anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat &  Majlis Anggota Makmal Sains Daerah Batu Pahat.  En. Mohd Daud bin Salleh telah diundang untuk menyampaikan ceramah bertajuk :  Semarak Minda Pekerja - Transformasi Budaya Kerja Cemerlang. Slot ini mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi), berlangsung di Diewan SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat, dihadiri oleh  lebih 160 orang Pembantu Makmal seluruh sekolah menengah Daerah Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak  Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, Pengerusi (En. Zulkiflee bin Atan)  dan AJK Majlis Anggota Makmal Sains Daerah Batu Pahat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Isnin, 7 September 2015

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2015


WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2015 (8 SEPT. - 10 SEPT. 2015)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2015, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.


Sabtu, 5 September 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR PENERIMA BIASISWA 2015, SMK SRI GADING, BATU PAHAT, DI TROPICAL VILLAGE AYER HITAM.



Pada 4 September 2015 (Jumaat),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Kecemerlangan Pelajar Pemegang Biasiswa 2015  anjuran SMK Sri Gading, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk :  Transformasi Potensi Diri : Hendak Seribu Daya. Slot ceramah mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh lebih 150 orang peserta terdiri daripada pelajar penerima biasiswa tahun 2015. Kandungan ceramah berfokus pada Pengurusan Kewangan Biasiswa yang Efektif dan Pelajar Hebat Menjadi Diri Magnet Kejayaan. Program ini diadakan di Tropical Village, Ayer Hitam.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Biasiswa SMK Sri Gading, Batu Pahat, dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.