Khamis, 5 Mac 2015

PROGRAM HALUAN PERWARIS SMK TUN AMINAH, BATU PAHAT.





Pada 4 Mac 2015 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Haluan Perwaris  anjuran Sektretariat Parlimen Sri Gading dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Tun Aminah, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Revolusi Potensi Diri Menarik Kejayaan dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (8.30 pagi. hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 240 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 5  calon SPM tahun 2015. Program ini diadakan di Dewan SMK Tun Aminah, Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Sektretariat Parlimen Sri Gading, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Tun Aminah, Batu Pahat dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan