Selasa, 3 Mac 2015

REVOLUSI JATI DIRI REMAJA MENARIK KEJAYAAN




Pada 2 Mac 2015 (Isnin),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Jati Diri Remaja anjuran Unit Bimbingan dan Kanunseling, SMK Dato' Sulaiman, Pt. Sulong, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Revolusi Jati Diri Menarik Kejayaan dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (11.30 pagi. hingga 1.30 ptg.) dihadiri oleh 150 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Program ini diadakan di Dewan SMK Dato' Sulaiman, Pt. Sulong, Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Dato' Sulaiman, Pt. Sulong, Batu Pahat dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan