Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013








Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2013?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2012 ke tahun 2013, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013.

Jumaat, 28 Disember 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDDMATAN SK. TENAGA SEPAKAT, BATU PAHAT, 27 DISEMBER 2012







Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Pada 27 Disember 2012 (Khamis), bersempena dengan Program Latihan Dalam Perkhidmatan, En. Mohd Daud bin Salleh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pembugaran Minda : Semarak Minda Guru dan Pekerja. Slot ini mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 tgh.), di Pelican Hotel, Batu Pahat dan dihadiri oleh lebih 30 orang guru dan kakitangan SK. Tenaga Sepakat, Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Guru Besar (En. Jalal bin Aziz), AJK Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan semua guru dan kakitangan SK Tenaga Sepakat, Batu Pahat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 20 Disember 2012

TAHNIAH ANDA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DALAM PMR 2012

Pada 19 Disember  2012 (Rabu) keputusan PMR 2012 telah diumumkan.  Warga My Smart GW mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon PMR 2012  kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2012.

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua.
 

Life is not by chance, but by choice

- Pengarah Urusan My Smart GW

Khamis, 13 Disember 2012

TARIKH-TARIKH PENTING KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA






Assalamualaiku Wr. Wb.
Selesai menduduki peperiksaan SPM, STPM, atau telah menghabiskan pengajian pra-universiti yang lain? Apakah rancangan seterusnya? Sesetengah pelajar membuat keputusan untuk membina kerjaya, manakala yang lain mungkin berhasrat untuk meneruskan pelajaran. Untuk mereka yang melanjutkan pengajian, permohonan untuk kemasukan ke IPTA merupakan satu proses yang memberikan tekanan. Antara perkara-perkara yang dibimbangkan termasuklah tarikh-tarikh penting. Berikut merupakan tarikh-tarikh yang perlu diberikan perhatian!
 
Untuk makluman anda, No. Unik ID diboleh dibeli daripada mana-mana kaunter, ATM dan CDM di Bank Simpanan Nasional(BSN) atau melalui SMS. No. Unik ID diperlukan semasa pelajar mengisi Borang Permohonan dalam Talian untuk institusi-institusi pendidikan tinggi. Senarai harga pembelian pin: ikut pautan INI
* Jualan No. Unik ID secara pukal telah dilanjutkan ke 10 Disember 2012. Pembelian pukal ini hanya untuk cikgu/kaunselor sekolah.