Isnin, 27 Mei 2013

LIFE IS NOT BY CHANCE BUT BY CHOICE




Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua'alaikum Wr. Wb.

Hari ini saya  terpanggil untuk menulis dan berkongsi tentang "Membuat Pilihan" dalam hidup ini (setelah menerima panggilan dariapda anak saya untuk membuat pembentangan projek pengajian sarjananya). Saya  teringat bait kata-kata daripada buku yang saya baca : "Life is not by chance but by choice, If you decide not to choose then you've already made the wrong choice."

Katakan kita akan menghadiri suatu seminar di sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Pakaian apakah yang akan kita pakai? Warna apa yang kita akan pilih? Kasut mana yang akan kita pakai? pergi seorang? Pukul berapa kita patut sampai? Ini contoh situasi membuat pilihan. Mungkin ianya mudah.

Setiap hari kita berhadapan dengan banyak pilihan. Antaranya makanan, pakaian, waktu bangun, teman berbual, kelajuan memandu kereta, dan seribu satu piliihan harian hinggalah kepada teman hidup, jenis pekerjaan, pembelian rumah, pertubuhan sosial yang merupakan pilihan jangka panjang atau seluruhan kehidupan. Kita tidak sunyi daripada situasi membuat pilihan. Malah terlalu banyak pilihan yang mesti dibuat sehingga kadang-kadang membinggungkan kita. Apa pun, pilihan yang kita buat akan meninggalkan kesan dan akibat sama ada positif atau sebaliknya.

Pilihan keperluan akan menentukan cara kita bertindak yang boleh membawa impak yang lebih ketara dalam kehidupan kita. Pilihan yang dimaksudkan di sini ialah pilihan berhubung dengan fikiran dan emosi kita. Minda akan didedahkan dengan pelbagai pilihan yang tidak terkira banyaknya. Setiap pilihan akan membawa kesan pada sikap dan reaksi kita. Sama ada kita akan menjadi gembira, seronok ketawa atau sebaliknya kita menjadi sedih, marah dan seribu macam lagi yang akan ditentukan oleh pilihan emosi dan fikiran yang dibuat oleh minda. Kesan pilihan minda lebih hebat kerana ia akan menentukan sama kita boleh berjaya atau gagal.

Oleh itu, kita perlulah berfikir sebelum membuat pilihan berdasarkan fizikal dan mental yang terbaik, bagi membentuk sebuah kehidupan yang kita inginkan. Setiap pilihan ada kesannya. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati serta bijak membuat pilihan. Pilihan yang dibuat oleh minda dan tubuh kita sentiasa akan mewjudkan pelbagai kesan dan akibat kemudiannya. Ingatlah pilihan kita mewujudkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan