Khamis, 26 Mac 2015

PROGRAM MOTIVASI CALON SPM 2015 SMK DATO' SETH, YONG PENG, BATU PAHAT.




Pada 25 Mac 2015 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Calon SPM 2015 anjuran bersama RISDA Batu Pahat & Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Dato' Seth, Yong Peng, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Revolusi Potensi Diri Menarik Kejayaan & Belajar Satu Ibadah dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2.5 jam (8.30 pagi. hingga 11.00 pagi) dihadiri oleh 250 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 5  calon SPM tahun 2015. Program ini diadakan di Dewan SMK Dato' Seth, Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak RISDA Batu Pahat, Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Dato' Seth, Batu Pahat dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan