Rabu, 23 Oktober 2013

EKSTRA FOKUS 15 : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN



Pada 22 Oktober 2013 (Selasa), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Ekstra Fokus 15 : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (8.00 pagi hingga 10.00 pagi). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 tgh.) peserta merupakan tingkatan 5 calon SPM tahun 2013. Slot pertama berfokus kepada kumpulan pelajar cemerlang. Slot kedua pula fokus sasaranya kepada kumpulan pelajar pencapaian sederhana. .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 17 Oktober 2013

JEJAK GEMILANG : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN




Pada 16 Oktober 2013 (Rabu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Jejak Gemilang :  Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam ( 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.) dihadiri oleh 156 orang pelajar tingkatan 1 daripada SMK Tinggi, Batu Pahat, Johor. Program ini berlangsung di  Dewan SMK Tinggi, Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Tinggi, Batu Pahat  terutama Pengetua dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru SMK Tinggi, Batu Pahat yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

a

Isnin, 14 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA 1434H/2013M


In Syaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1434H/2013M  pada 15 Oktober 2013 (Selasa). Sehubungan dengan itu warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H/ 2013M  dan Maaf Zahir Batin kepada kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. 

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 


Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

Ahad, 13 Oktober 2013

PROGRAM JEJAK GEMILANG PUTERI 2014



Pada 12 Oktober 2013 (Sabtu)), En. Mohd Daud Salleh dan En. Muhammad Zaim Mohd Sharif telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Jejak Gemilang Puteri 2014 anjuran bersama Unit Pembangunan Masyarakaat HELWA  Batu Pahat, Pandu Puteri dan Pergerakan Puteri Islam Batu Pahat.  Ceramah bertajuk : Jejak Gemilang :  Potensi Diri - Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan & Aktiviti LDK : Maze Plan.. Slot ceramah dan LDK ini mengambil masa 3 jam ( 10.30 pagi hingga 1.30 ptg.) dihadiri oleh 95 orang pelajar tingkatan 3 & 4 daripada Sekolah-sekolah  Menengah Daerah Batu Pahat iaitu ahli Pergerakan Puteri Islam dan Pandu Puteri.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur terutama Yang Berbahagia Pn. Hjh. Maznah binti Sariyeo, Pengerusi HELWA Batu Pahat, dan semua  yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Selasa, 1 Oktober 2013

SELAMAT MENGHADAPI PMR 2013




WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR  2013 (2 OKTOBER 2013 - 9 OKTOBER 2013) 
KEPADA SEMUA CALON PMR 2013, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.