Khamis, 11 Ogos 2016

CERAMAH MOTIVASI CALON PT3 2016 SMK SURIA PERDANA, BATU PAHAT - TRANSFORMASI POTENSI DIRI : BERHARGANYA SEBUAH PELUANG


 Pada 10 Ogos 2016 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Berharganya Sebuah Peluang. Slot ceramah ini  mengambil masa 1.5 jam (2.30 petang hingga  3.00 petang) dihadiri oleh lebih 120 orang peserta terdiri daripada calon PT3 SMK Suria Perdana, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan Seminar SMK Suria Perdana.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Melur binti Badron, Kaunselor Pelajar SMK Suria Perdana, AJK Program dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





Ahad, 7 Ogos 2016

CERAMAH MOTIVASI CALON UPSR 2016 SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH DAERAH BATU PAHAT - TRANSFORMASI POTENSI DIRI : MEMILIH UNTUK BERJAYA



 Pada 06 Ogos 2016 (Sabtu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam PROGRAM MOTIVASI & BENGKEL UPSR 2016, Anujuran Koperasi Anggota- Anggota Kerajaan Batu Pahat,untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Memilih Untuk Berjaya.  Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh lebih 200 orang peserta terdiri daripada calon UPSR 2016 sekolah-sekolah kebangsaan Daerah Batu Pahat. Program ini berlangsung di Dewan Aura, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Pengarah KAAK Batu Pahat dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.