Sabtu, 19 Mac 2016

PROMOSI BENGKEL PERSIAPAN KERJAYA 2016



MY SMART GOLDEN  WORK TRAINING  & CONSULTANCY


PROMOSI BENGKEL PERSIAPAN KERJAYA (Career Preparation Workshop)
Khas Untuk Pelajar Menengah Atas & Pelajar Pra U

Pakej
Pakej Harga 
Tempat

½ Hari (8.30 pagi – 1.00 ptg)


RM 550.00


Sekolah/Pilihan

1 Hari (8.30 pagi – 4.30 ptg)


RM 1100.00


Sekolah/Pilihan

Ringkasan Kursus :

Kursus ini akan merangkumi pengisian berikut :

Modul   1         -           Ceramah  :  Prospek Pasaran Kerjaya Masa Kini.
Persiapan diri untuk masuk dalam pasaran kerja sama ada sektor awam atau sektor swasta.

Modul 2            -          Ujian Minat Kerjaya, untuk mengetahui kecenderungan kerjaya
                                    peserta .

Modul 3            -           Bengkel  penulisan resume yang berkesan.
                                   
Modul 4            -          Kemahiran Temuduga & Simulasi Temuduga/Mock Interview.
                                    Jenis-jenis Temuduga. Persiapan  sebelum temuduga dari segi 
                                    mental, pengetahuan, penampilan dan penyediaan fail
                                    sijil-sijil yang berkaitan. Tatatertib dan etika semasa temuduga.
                                   
Modul 5            -           Soal Jawab & Rumusan.

CATATAN :
  • Tawaran ini hanya untuk bulan Mac, April dan Mei  bagi kawasan Daerah Batu Pahat, Muar, Kluang, Pontian dan Segamat sahaja.
  • Bilangan peserta tiada had.
  • Caj ini hanya untuk untuk caj konsultan, pembangunan modul, alat bantu mengajar  dan  alat guna habis sahaja.
  • Tidak termasuk jamuan, penginapan para peserta dan  penceramah, nota dan kos pengangkutan para perserta.
  • *Fasilitator akan digunakan dalam program ini.

Sabtu, 12 Mac 2016

KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN 2016, SK TENAGA SEPAKAT, BATU PAHAT.










Pada  05 Mac 2016 (Sabtu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam program Kursus Kecemerlangan Kepimpinan 2016 di SK Tenaga Sepakat, Batu Pahat. Program ini bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tenghari. Pengisiannya berbentuk ceramah interaktif dan Slot yang ke-2 adalah aktiviti dalam kumpulan iaitu Maze Plan Explore Race. 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada  pihak pentadbir sekolah; Guru Besar, Pn. Juliana Mohammad Penlong Kanan HEM dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Jumaat, 4 Mac 2016

TAHNIAH ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM STPM & SPM 2015





Pada  2 dan 3 Mac 2015 keputusan STPM & SPM 2015 telah diumumkan.  Warga My Smart Golden Work Training & Consultancy mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon STPM & SPM 2015  kerana berjaya dengan cemerlang dalam STPM & SPM  2015.  Terutama yang telah mengikuti program kami daripada My Smart Golden Work Trainning & Consultancy.

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua.