Khamis, 16 Februari 2012

TRANSFORMASI POTENSI DIRI MENJANA PEMIMPIN CEMERLANG


Pada 12 Februari 2012 (Ahad), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 80 orang pengawas sekolah, di Dewan Kem MSN Asahan Melaka; anjuran Unit HEM SMK Semerah, Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit HEM dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





En. Mohd Daud sedang melakukan aktiviti transformasi minda.
Berkaitan 'Conscious mind' dan 'Subconscious mind'

Selasa, 7 Februari 2012

KURSUS BIMBINGAN INTENSIF MEdSI & TEMUDUGA KE PROGRAM ISMP (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN) DAN DPLI DI IPTA



JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ..... JOM MENDAFTAR SEKARANG, SELAGI KEKOSONGAN MASIH ADA PENYERTAAN ADALAH TERHAD.....

Bimbingan Intensif MEdSI akan diadakan seperti ketentuan berikut :


Tarikh : 04 Mac 2012
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan SK Banang Jaya, Km 8, Jln. Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.


Cara Mendaftar :

  1. SMS butiran diri : Nama, No. K.P dan No. Telefon kepada 0197520557 atau email butiran tersebut kepada mornidaud@hotmail.com
  2. Pendaftaran boleh juga dibuat secara "online" melalui website (di page MEdSI/INSAK/MTeST).
  3. Bank in yuran penyertaan ke akaun CIMB : 01140001338055
  4. Sila bawa slip transaksi bank sebagai bukti pembayaran semasa pendaftaran untuk pengesahan penyertaan.
Yuran Penyertaan : Hanya RM 60.00/seorang. Peserta terhad untuk 200 orang sahaja. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 5 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.

Ahad, 5 Februari 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 12 RABIUL AWAL 1433H/5 FEB 2012

Assalamu'alaiku Wr. Wb.

Selamat menyambut Muaulidur Rasul 1433H, selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. sempena hari keputeraan baginda 12 Rabiul Awal 1433H, bersamaan 05 Februari 2012; kepada seluruh umat Islam. Semoga kesejahteraan, keharmonian, keindahan dan kekuatan ukhwah umat Islam semakin mantap pada tahun 2012 ini.

- Pengarah Urusan

Sabtu, 4 Februari 2012

CERAMAH MOTIVASI CALON SPM 2012 : SMK TM ISKANDAR, SENGGARANG, BATU PAHAT.


En. Mohd Daud Salleh sedang menyampaikan ceramah
bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan Dimensi Baru


Pada 03 Februari 2012 (Jumaat), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan Dimensi Baru. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (9.00 pagi hingga 11.00 pagi) dihadiri oleh 150 pelajar tingkatan Lima (Calon SPM 2012), anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK TM Iskandar, Senggarang, Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit B&K dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 2 Februari 2012

CERAMAH KEIBUBAPAN : SMK PENGHULU SAAT PARIT SULONG, BATU PAHAT.






Pada 01 Februari 2012 (Rabu),
En. Mohd Daud Salleh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Semarak Minda Ayah Bonda. Slot ceramah ini mengambil masa 1 jam 30 minit dihadiri oleh 100 Ibu bapa pelajar tingkatan Lima, anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Penghulu Saat, Parit Sulong, Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit B&K dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.