Ahad, 9 Oktober 2016

SELAMAT MENGHADAPI PT3 2016





Ujian Bertulis PT3 akan bermula pada 10 Oktober 2016 (Isnin) hingga 13 Oktober 2016 (Khamis). Kami warga My Smart Golden Work ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2016 kepada semua pelajar Tingkatan 3, terutama yang mengikuti program kami. Seluruh warga My Smart Golden Work mendoakan kejayaan anda.

Sabtu, 1 Oktober 2016

SALAM MAAL HIJRAH 1438H


Warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1438H yang akan disambut pada 2 Oktober 2016 (Ahad) ini kepada semua umat Islam dan khususnya kepada pelajar-pelajar sekalian. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.