Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.




Apa azam anda menjelang tahun 2012?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2011 ke tahun 2012, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.


Sabtu, 24 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR 2011, TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA

Assalamu'alaiku Wr. Wb. dan Salam Sejahtera,




Keputusan PMR 2011 telah diumumkan, belum terlewat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Ibubapa dan pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 kali ini. Kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan putus asa sebab anda masih berpeluang untuk memperbaiki keputusan dengan terus berusaha untuk menghadapi SPM pula. Tahniah!

Selasa, 20 Disember 2011

TARIKH RASMI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2011

Asslamualaiku Wr. Wb.
Saya menarik perhatian kepada ibu bapa khususnya anak mereka merupakan calon PMR 2011, dan juga untuk anak-anak pelajar yang menanti keputusan PMR 2011.
Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis.
Pada 22 Disember juga, Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakanpada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 seperti gambar yang tertera di bawah. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.