Rabu, 31 Disember 2014

SALAM TAHUN BARU 2015



Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2015?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2014 ke tahun 2015, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015!.

Isnin, 1 Disember 2014

TARIKH BELI NOMBOR PIN UNIK ID UPU SESI 2015/2016



Tarikh beli nombor pin unik ID kemasukan UPU/ IPTA sesi akademik 2015/ 2016. Kepada pemohon yang ingin mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2015/2016, tarikh pembelian nombor pin akan dibuka mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2015/ 2016.

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2015/ 2016
19 Januari 2015 – 6 April 2015 : Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2015/2016. Sehubungan itu, permohonan borang UPU secara online boleh diakses mulai 19 Januari 2015 sehingga tarikh tutup pada 6 April 2015.
Borang UPU Online Sesi 2015/ 2016
Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 19 Januaari 2015 sehingga 6 April 2015
Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU
  1. Sila datang ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  2. Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  3. Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  4. Pergi kaunter dan buat pembayaran
  5. Untuk permohonan UPU: RM10.00 + RM0.60 (Cas Perkhidmatan)
Contoh Slip Salinan Pembelian No Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Maklumat Penting Permohonan UPU  Sesi Akademik 2015/ 2016
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2015/2016 dijangka akan dibuka mulai 19 Januari 2015 (Minggu Ketiga) sehingga 6 April 2015.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.

Ahad, 2 November 2014

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2014


WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM & STPM  2014 (3 NOVEMBER 2014) 
KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM 2014, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Jumaat, 24 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H


Warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436H yang akan disambut pada 25 Oktober 2014 (Sabtu) ini kepada semua umat Islam dan khususnya kepada pelajar-pelajar sekalian. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Sabtu, 4 Oktober 2014

SALAM AIDILADHA 1435H/2014M

In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1435H/2014M  pada 5 Oktober 2014 (Ahad). Sehubungan dengan itu warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. 

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 


Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

Rabu, 10 September 2014

PEPERIKSAAN UPSR DITUNDA UNTUK MATA PELAJARAN SAINS



Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan untuk mata pelajaran Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ditunda ke tarikh baru, 30 September.

Ia memandangkan kertas peperiksaan tersebut dikesan tersebar luas di laman sosial.

“Kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” kenyataan kementerian dipetik.

Ia melibatkan peperiksaan bagi kertas Science dengan kod "018, 028, dan 038".

PROGRAM PERMATA HARAPAN 2014, SMK DATO MENTERI, AYER HITAM.


Pada 10 September 2014 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam, sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, : Transformasi Potensi Diri  Magnet Kejayaan, dalam Program Permata Harapan 2014. Ceramah mengambil masa 2 jam (9.00 pagi. hingga 11.00 pagi). dihadiri oleh 120 orang peserta terdiri daripada pelajar pilihan dan ibu bapa.  Program ini diadakan di Dewan Seminar SMK Dato Menteri, Ayer Hitam.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Dato Menteri, Ayer Hitam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Selasa, 9 September 2014

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2014



WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2014
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2014, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Sabtu, 30 Ogos 2014

SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-57



TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-57.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalnnur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

Warga My Smart Golden Works mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-,57 kepada calon UPSR, PT3, SPM, STPM & STAM  2014 dan seluruh rakyat Malaysia. 

"MALAYSIA... DILAHIRNYA SEBUAH CINTA"

- Pengarah Urusan My Smart Golden Works.

Selasa, 12 Ogos 2014

PROGRAM MOTIVASI KEUPAYAAN PENINGKATAN MINDA (PT3) 2014



Pada 11 Ogos 2014 (Isnin), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Dato' Ahmad Arsad, Batu Anam, Segamat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, Slot 1 : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan dan Slot 2 : Kemahiran Menghadapi Peperiksaan dan Mengendalikan Tekanan, dalam Program Motivasi Keupayaan Peningkatan Minda (PT3) 2014Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (8.00 pagi. hingga 10.00 pagi). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 ptg.) dihadiri oleh 120 orang pelajar tingkatan 3. Program ini diadakan di Dewan Seminar Kolej Komuniti Segamat 2, Segamat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Dato Ahamd Arsad, Segamat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 27 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014M



InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014M  pada 28 Julai 2014 (Isnin). Sehubungan dengan itu Warga My Smart Golden Works mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian.

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.  

Sabtu, 28 Jun 2014

SALAM RAMADHAN 1435H/2014M



Warga My Smart Golden Work mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H kepada semua kaum muslimin  InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 29 Jun 2014 (Ahad).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap yang pihak kami  lakukan sepanjang kami menjalanakan pelbagai program bersama anda.  Salam Ramadhan Al-Mubarak.


- Pengarah Urusan My Smart Golden Work. 

Sabtu, 21 Jun 2014

EKSTRA FOKUS 80 : MOTIVASI IBU BAPA - 80 HARI MENJEJAK UPSR




Pada 20 Jun 2014 (Jumaat), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SK Penghulu Salleh, Batu Pahat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk :Ekstra Fokus 80 : Motivasi Ibu Bapa -  80 Hari Menjejak UPSR. Ceramah ini mengambil masa 2 jam (9.00 pagi hingga 11.00 pagi). Program ini dihadiri 60 orang ibu bapa pelajar tahun 6.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Guru Besar SK Ppenghulu Salleh, Batu Pahat  dan semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Rabu, 11 Jun 2014

UPU IPTA RESULTS WILL BE OUT TOMORROW.





UPU IPTA appeal results to be released 12 June. Are you ready?

Appeal results for admission to institutions of higher learning (IPTA) and Premier Polytechnic for SPM leavers / equivalent can be reviewed from 12 noon tomorrow. Candidates can check the results at any of these sites:
  • http://upu.moe.gov.my
  • https://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu. my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my

Jumaat, 25 April 2014

MOTIVASI BERSAMA IBU BAPA & PELAJAR PERMATA ISKANDAR : BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN MENJANA KECEMERLANGAN





Pada 24 April 2014 (Khamis), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah : Bahagia Membahagiakan Menjana Kecemerlangan. Ceramah ini bermula  jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi  dihadiri oleh Ibu Bapa dan pelajar pilihan sebagai Permata Iskandar. ceramah ini diadakan di Dewan SMK TM Iskandar. 
  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit HEM dan semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 20 April 2014

CERAMAH KEIBUBAPAAN SEKOLAH AGAMA BAGAN, SEMERAH BATU PAHAT.



Pada 19 April 2014 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Keibubapaan dengan ceramah bertajuk :  Bahagia Membahagiakan Menjana Kecemerlangan. Program ini bermula  jam 8.30 pagi hingga  10.30 pagi  dihadiri oleh 60 orang dikalangan ibubapa. Program ini dijalankan di Dewan Sekolah Agama Bagan, Semerah, Batu Pahat, Johor. 
  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Guru Besar, PIBG  dan semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 16 Mac 2014

POROGRAM KEIBUBAPAAN SK GAMBUT, PT. SIMIN, SEMERAH, BATU PAHAT.




Pada 15 Mac 2014 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh Pengarah Urusan My Smart Golden Work TC  telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Keibubapaan dengan ceramah bertajuk :  Bahagia Membahagiakan Menjana Kecemerlangan. Program ini bermula  jam 8.30 pagi hingga  10.30 pagi  dihadiri oleh 50 orang dikalangan ibubapa dan 25 orang pelajar Tahun 6   Program ini dijalankan di SK Gambut, Pt. Simin, Semerah, Batu Pahat, Johor. 
  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Guru Besar, Unit HEM, PIBG  dan semua guru SK Gambut  yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Jumaat, 7 Mac 2014

PROGRAM MAJU DIRI PELAJAR TINGKATAN 2, SMK (P) TEMENGGONG IBRAHIM, BATU PAHAT.







Assalamu'alaikum Wr. Wb.

 Pada 6 Mac 2014 (Khamis), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Maju Diri dengan menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Kecemerlangan Pelajar.  Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.00 pagi hingga 1.00 ptg) dihadiri oleh 200 orang pelajar puteri (Pelajar Tingkatan 2), SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. Program diadakan di Dewan SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor. 
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua,  Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTI (P) dan semua guru yang terlibat, atas undangan  ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 2 Mac 2014

KURSUS KECEMERLANGAN KEPIMPINAN SMK SRI GADING BATU PAHAT, JOHOR.






Pada 1 Mac 2014 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh dan En. Muhammad Zaim daripada My Smart Golden Work TC  telah diundang sebagai Perunding Motivasi Kursus Kecemerlangan Kepimpinan : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Kursus ini bermula  jam 8.00 pagi hingga  5.30 petang  dihadiri oleh 160 orang pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SMK Sri Gading, Batu Pahat Johor. Kursus dijalankan di SMK Sri Gading, Batu Pahat, Johor. 
  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit HEM dan semua guru SMK Sri Gading yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 23 Februari 2014

KURSUS KEPIMPINAN SK MONTFORT BATU PAHAT



Pada 22 Februari 2014 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi Kursus Kepimpinan dengan tema : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Kursus ini  mengambil masa 4 jam (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) dihadiri oleh  100  orang Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Pengerusi Kelab dan Permainan SK Montfort, Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Besar, Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta  semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 23 Januari 2014

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH & PENGAWAS PUSAT SUMBER SK KG. BARU SENGGARANG






Pada 22 Januari 2014 (Rabu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.00 pagi hingga 1.00 petang) dihadiri oleh  60 orang Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Kg. Baru Senggarang, di Dewan SK Kg. Baru Senggarang, Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Besar, Unit HEM dan semua guru SK Kg. Baru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.