Jumaat, 27 September 2013

PECUTAN AKHIR : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN






Pada 23 September 2013 (Isnin), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Pecutan Akhir :  Potensi Diri : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.. Slot ceramah ini mengambil masa 2.5 jam ( 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.) dihadiri oleh 200 orang pelajar tingkatan 5 (calon SPM 2013) daripada SMK Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Program ini berlangsung di  Dewan SMK Seri Medan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Seri Medan, terutama En. Hassan bin Asit (Pengetua) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru SMK Seri Medan, Batu Pahat yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 22 September 2013

KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN






Pada 21 September 2013 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Bekok, Segamat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (2.30 ptg. hingga 4.30 petang). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (8.00 malam hingga 10.00 malam) dihadiri oleh 25 orang pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, merupakan pelajar pilihan yang  berpotensi mendapat A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun 2013. Slot pertama berfokus kepada potensi diri dan kuasa kejayaan. Slot kedua pula lebih berfokus cara mengendalikan tekanan dan Pendidikan selepas PMR dan SPM. Program ini diadakan di Tropical Village Ayer Hitam .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Bekok, Segamat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Sabtu, 21 September 2013

PECUTAN AKHIR : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN





Pada 20 September 2013 (Jumaat), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Pecutan Akhir :  Potensi Diri : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.. Slot ceramah ini mengambil masa 2.5 jam (8.00 pagi hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 225 orang pelajar tingkatan 3 (calon PMR 2013) daripada SMK Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Program ini berlangsung di  Dewan SMK Seri Medan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Seri Medan, terutama En. Hassan bin Asit (Pengetua) dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru SMK Seri Medan, Batu Pahat yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 12 September 2013

BIJAKSANA VS BIJAKSINI




Sudah ditakdirkan, jalan menuju kejayaan penuh dengan ujian, godaan dan kesukaran. Tetapi apakah kita sengaja menempuh susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusuahan yang sementara demi kesenangan yang abadi. Inilah tradisi orang bijaksana.
Orang yang bijaksini rela mengorbankan kesenangan abadi demi hanya kerana inginkan kesenangan sementara di sini. Inilah tradisi orang bijaksini.

Selasa, 10 September 2013

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2013



WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2013
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2013, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Isnin, 9 September 2013

TRANSFORMASI POTENSI DIRI : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN






Pada 7 September 2013 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.. Slot ceramah ini mengambil masa 2.5 jam (10.00 pagi hingga 12.30 tgh.) dihadiri oleh 40 orang pelajar status berisiko tinggi daripada SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor. Kursus ini dinamakan "Program Permata Harapan 2013" diadakan di Kolam Air Panas Gersik, Sri Menanti, Sungai Balang, Muar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah, Batu Pahat yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.