Khamis, 20 Ogos 2015

PECUTAN AKHIR 'EKSTRA FOKUS' 50 HARI MENJELANG PT3 2015,SMK TM ISKANDAR, BATU PAHAT.


Pada 19 Ogos 2015 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Calon PT3 2015 anjuran SMK TM Iskandar, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Pecutan Akhir "Ekstra Fokus' 50 Hari Menjelang PT3 2015 dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (10.30 pagi. hingga 12.30 tgh.) dihadiri oleh 120 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3  calon PT3 tahun 2015..   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua  SMK TM Iskandar, Batu Pahat, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan