Khamis, 13 Ogos 2015

KURSUS LDP MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) CAWANGAN DAERAH BATU PAHAT.


Pada 12 Ogos 2015 (Rabu), Bersempena dengan Program Latihan Dalam Perkhidmatan MGKK Cawangan Batu Pahat, En. Mohd Daud bin Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi mencapaikan ceramah dan bengkel bertajuk : Travel Log - Sebuah Perkongsian Menyelusuri Hidup Kauselor Pelajar dan Daya Resilien Kaunselor Sekolah.  Slot ini mengambil masa 2 jam (9.30 pagi hingga 11.30 pagi), diadakan di SMK Sri Gading, Batu Pahat, dihadiri oleh lebih 150 orang Kaunselor Pelajar Daerah Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Batu Pahat, AJK Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) MGKK Cawangan Batu Pahat dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan