Isnin, 9 September 2013

TRANSFORMASI POTENSI DIRI : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN






Pada 7 September 2013 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.. Slot ceramah ini mengambil masa 2.5 jam (10.00 pagi hingga 12.30 tgh.) dihadiri oleh 40 orang pelajar status berisiko tinggi daripada SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor. Kursus ini dinamakan "Program Permata Harapan 2013" diadakan di Kolam Air Panas Gersik, Sri Menanti, Sungai Balang, Muar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah, Batu Pahat yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan