Ahad, 22 September 2013

KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN






Pada 21 September 2013 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Bekok, Segamat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (2.30 ptg. hingga 4.30 petang). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (8.00 malam hingga 10.00 malam) dihadiri oleh 25 orang pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, merupakan pelajar pilihan yang  berpotensi mendapat A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun 2013. Slot pertama berfokus kepada potensi diri dan kuasa kejayaan. Slot kedua pula lebih berfokus cara mengendalikan tekanan dan Pendidikan selepas PMR dan SPM. Program ini diadakan di Tropical Village Ayer Hitam .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Bekok, Segamat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan