Khamis, 24 Januari 2013

CERAMAH MOTIVASI SMK DATO SULAIMAN BATU PAHAT : TRANFORMASI POTENSI DIRI MENARIK KEJAYAAN







Assalamu'alaikum Wr. Wb.

Pada 17 Januari 2013 (Khamis) yang lalu,   En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.00 pagi hingga  1.00 ptg.). Fokus ceramah dan bengkel ialah peranan kuasa "Mindfulness", "Conscious mind" dan "Subcoscious mind" menjadikan potensi diri  'magnet' menarik kejayaan. Seramai 270 orang pelajar Tingkatan 3 (calon PMR 2013) SMK Dato Sulaiman, Pt. Sulong, Batu Pahat, Johor telah hadir. Ceramah dan bengkel ini berlangsung di Dewan SMK Dato Sulaiman.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengetua, Unit HEM  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Johor serta .semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat dan impak yang mendalam kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan