Jumaat, 25 Januari 2013

CERAMAH KEPIMPINAN SK BANANG JAYA, BATU PAHAT : TRANFORMASI POTENSI DIRI MENJANA PEMIMPIN CEMERLANG



Assalamu'alaikum,

Pada 19 Januari 2013 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 70 orang pengawas sekolah, di Dewan SK Banang Jaya, Batu Pahat, anjuran Unit HEM SK Banang Jaya, Batu Pahat.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Guru Besar, Unit HEM dan semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

2 ulasan:

  1. saya salah seorang dari pengawas sekolah SKBJ mengucapkan terima kasih...dah kami berasa amat seronok dan mempelajari sesuatu......seperti 3K

    BalasPadam
  2. jutaan terima kasih sekali lagi diucapkan dari kami semua

    BalasPadam