Isnin, 12 Mac 2018

PROGRAM MOTIVASI SK SERI SAMPURNA RENGIT BATU PAHAT




 Pada 10 Mac 2018 (Sabtu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah dalam Program Motivasi Ibu bapa dan Murid Tahap 2, tajuk ceramah  - Transformasi Potensi Diri : Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 petang)  dihadiri oleh 100  orang peserta terdiri daripada ibu bapa dan murid tahap 2, SK Seri Sampurna, Rengit,  Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SK Seri Sampurna, Rengit, Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, En. Mahyun bin Mahmud GPK Pentabiran dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan