Selasa, 7 Julai 2015

PROGRAM MOTIVASI CALON SPM 2015 SMK PERMATA JAYA, BATU PAHAT.




Pada 2 Julai 2015 (Khamis),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Calon SPM 2015 anjuran SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan & Belajar Satu Ibadah dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (8.30 pagi. hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh 80 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan  calon SPM tahun 2015  (Kumpulan Pilihan).   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua  SMK Permata Jaya, Batu Pahat, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan