Ahad, 13 Oktober 2013

PROGRAM JEJAK GEMILANG PUTERI 2014



Pada 12 Oktober 2013 (Sabtu)), En. Mohd Daud Salleh dan En. Muhammad Zaim Mohd Sharif telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Jejak Gemilang Puteri 2014 anjuran bersama Unit Pembangunan Masyarakaat HELWA  Batu Pahat, Pandu Puteri dan Pergerakan Puteri Islam Batu Pahat.  Ceramah bertajuk : Jejak Gemilang :  Potensi Diri - Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan & Aktiviti LDK : Maze Plan.. Slot ceramah dan LDK ini mengambil masa 3 jam ( 10.30 pagi hingga 1.30 ptg.) dihadiri oleh 95 orang pelajar tingkatan 3 & 4 daripada Sekolah-sekolah  Menengah Daerah Batu Pahat iaitu ahli Pergerakan Puteri Islam dan Pandu Puteri.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur terutama Yang Berbahagia Pn. Hjh. Maznah binti Sariyeo, Pengerusi HELWA Batu Pahat, dan semua  yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan