Isnin, 31 Oktober 2011

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : MENARIK KEJAYAAN DIMENSI BARU.


Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan orang lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, kita akan mudah tertarik dan berhubung dengan harmoni.

Suasana inilah yang akan membahagiakan. Apabila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa-apa pun jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti, maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya?. Ada hormon endomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar Neuro-Linguistic Programming (NLP).

Sebaliknya, orang yang negatif, asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perengus. Orang sebegini akan “meletihakan” orang lain dan dirinya. Ingatlah, tidak ada sesiapapun suka orang yang murung atau rampus.

Hukum daya tarikan juga berlaku, tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Dia akan menghantar “gelombang” yang negatif dan sebagai balasannya dia juga akan menerima reaksi yang negatif. Gelombang negatif ini akan menghakis rasa ceria dan gembira, malah lambat-laun akan turut meranapkan perasaan kasih sayang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan