Selasa, 4 Oktober 2011

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : KUASA KEJAYAAN



Salam Kejayaan,
Pernahkah anda mendengar lagu Bangau oh Bangau? Lagu itu mengisahkan seekor bangau yang kurus, menyalahkan ikan yang tidak mahu timbul. Ikan pula menyalahkan rumput yang panjang, rumput menyalahkan lembu yang tidak makan rumput, lembu menyalahkan perutnya yang sakit, perut menyalahkan nasi mentah, kemudian nasi menyalahkan kayu api basah, kayu api basah menyalahkan hujan, hujan menyalahkan katak, katak menyalahkan ular dan ular dengan penuh yakin berkata, sudah menjadi fitrahnya memakan katak. Jadi apa masalahnya?

Daripada peristiwa kisah Bangau oh Bangau ini lahir satu petua yang menarik. Saya kongsikan di sini. Saranannya supaya berhenti daripada menjadi bangau jika hendak memiliki ‘kuasa’ dalam mencorak hidup dan meraih kejayaan. Berhenti menuding jari ke arah orang lain bermaksud kita memberikan bidang kuasa yang sepenuhnya kepada diri kita sendiri.

Apabila kita asyik menuding jari ke arah orang lain, maka kita menjadi ‘lemah dan tidak bertenamenga’ melakukan perubahan di dalam hidup kita. Kita hanya membiarkan apa yang telah berlaku, terus berlaku dan terus berlaku. Kerana kita ‘tidak berdaya berbuat apa-apa’.

Selamat menggarap kejayaan dalam pengembaraan kehidupan sebagai seorang pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan