Perjalanan pulang dari Kampus Cawangan Pengajian Islam, Universiti Malaya di Nilam Puri, Kelantan di mana anak perempuan saya berkuliah di sana, menuju ke Pulau Pinang (ke rumah anak sulung saya) akan menempuh Jalan Grik yang penuh berliku. Atas permintaan isteri saya kami berhenti di Jeli. Di Bazar Jeli.
Terdapat seorang lelaki di Bazar Jeli yang kerjanya menjual belon. Dia mempunyai belon pelbagai warna. Di dalam belon itu diisikan sejenis gas yang membolehkan belon itu terapung di udara. Saya lihat jika perniagannya agak lembab, dia akan melepaskan sebiji belon ke udara. Belon yang terapung di udara itu berjaya menjadi perhatian orang ramai terutama kanak-kanak akan mengelilingi penjual belon ini. Kanak-kanak akan meminta kepada ibu mereka, atau meminta kepada bapa mereka membeli belon daripada lelaki ini. Perniagaannya maju semula. Dia akan menukar ganti warna-warna belon yang dilepaskan ke udara. Pertamanya dia melepaskan belon warna kuning, kemudian puith dan kemudian merah.
Saya sangat tertarik dengan tingkah laku penjual belon ini. Beliau begitu kreatif sekali. Saya datang menghampirinya dan menyapanya sambil bergurau, “Tuan, jika tuan melepaskan belon berwarna hitam, bolehkah ia terbang ke udara juga?” Lelaki penjual belon itu diam sambil matanya tepat memandang ke arah saya. Lelaki itu kemudian menjawab dengan penuh sopan, “Encik, bukan kerana warna belon itu tetapi apa yang terkandung di dalamnya yang membuat ia naik ke atas.”
Saya meninggalkan penjual belon dan Bazar Jeli dengan kata-kata penjual belon itu masih berlegar-legar dalam fikiran saya. Saya percaya penjual belon itu adalah benar dalam kata-katanya. Saya dapat merumuskan hal yang sama dengan kehidupan kita. Apa yang terkandung di dalam diri yang diambil kira. Apa yang di dalam diri kita yang membuat kita berjaya. Kita boleh mendapat apa yang kita mahukan selain daripada mendapat apa yang kita ada. Kejayaan akan lebih mudah jika kita mempercayainya.
Apa yang terdapat di dalam diri yang membuat kita maju? ia adalah sikap. William James dari Harvard Universiti berkata, “Penemuan terhebat generasi saya adalah apabila manusia mampu mengubah kehidupannya dengan mengubah sikap pemikiran mereka.”
Mereka menyatakan bahawa jika seseorang berkelakuan baik, mereka akan menjadi ahli pasukan yang baik dan ini dapat mengurangkan pembaziran, menambah kesetiaan dan secara keseluruhannya, menjadikan organisasi mereka tempat yang hebat untuk bekerja. Pengalaman menunjukkan bahawa modal insan merupakan aset yang amat berharga dalam pelbagai bidang. Ia lebih berharga daripada modal dan peralatan. Sayangnya ia merupakan aset yang sering disia-siakan dan kurang diberi perhatian.
Oleh itu sikap adalah segala-segalanya. Sikap menjadi penapis kepada tanggapan dan tindakbalas kita kepada persekitaran. Penyumbangan terhadap sikap melebihi faktor pengalaman, kemahiran, pendidikan dan pengetahuan. Membina sikap yang baik bermula dari kecil atau seawal usia yang mungkin. Binalah sikap positif dan jadikan amalan. Amalkan satu sikap positif sebulan. Dalam setahun anda telah mengamalkan 12 sikap positif. Sekiranya ini berterus saya yakin anda akan menjadi manusia yang hebat. Mereka sering mengatakan : Success is 80% attitude and 20% aptitude.
Manfaat Kepada Sikap Positif
* meningkatkan produktiviti
* menggalakan kerja bekumpulan
* menyelesaikan masalah
* memperbaiki kualiti
* menghasilkan suasana yang menyenangkan
* melahirkan rasa setia
* meningkatkan keuntungan
* mengurangkan tekanan
* menggalakkan perhubngan lebih baik antara majikan, pekerja dan pelanggan.
* menghasilkan keperibadian yang menyenangkan
* membantu individu menjadi anggota yang menyumbang dalam masyarakat
* aset yang amat berguna kepada negara mereka.
Individu yang hidup dengan sikap negatif mempunyai kesukaran untuk mengekalkan persahabat, pekerjaan, perkahwinan dan perhubungan. Sikap mereka membawa kepada ,
* kepertian
* kebencian
* tidak sihat
* kehidpan tidak bererti
* tekanan tahap tinggi pada diri sendiri dan orang lain
Fitrah manusia umumnya menentang perubahaan. Perubahan tidak menyenangkan. Anda tentu masih ingat kata-kata ini. Anda tidak berjaya atau mendapatkannya tanpa memulainya. Berubahlah kepada yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan