Sebuah
syarikat pengeluar sikat menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pemasaran.
Lebih daripada 100 orang datang untuk temuduga.
Setelah melalui berbagai proses pemilihan yang cukup ketat, terpilihlah tiga
calon utama. Sebut saja A, B dan C. Syarikat itu memberi tugas kepada tiga
orang yang terpilih. A, B dan C diminta untuk menjual sikat kepada para sami
buddha dalam jangka waktu 10 hari. Bagi sebagian orang, tugas ini tidak masuk
akal kerana sami buddha berkepala botak dan tidak memerlukan sikat.
Sepuluh hari pun berlalu, akhirnya ketiga calon tersebut kembali ke pejabat
untuk melaporkan hasil penjualan mereka.
Calon A: Saya hanya mampu menjual satu sikat. Saya sudah berusaha menawarkan
sikat itu kepada sami buddha di sana tetapi mereka marah-marah kerana saya
dianggap mempermainkan mereka. Tetapi untung, ketika saya berjalan menuruni
tangga ada seorang sami muda yang mau membeli satu sikat dari saya. Sikat itu
digunakan untuk menggaru kepalanya yang berkudis.
Calon B: Saya berhasil menjual sepuluh sikat. Saya pergi ke sebuah wat siam dan
melihat banyak pelawat yang rambutnya tidak kemas kerana angin kencang yang
bertiup di luar wat. Sami buddha di dalam wat itu mendengar cadangan saya dan
membeli 10 sikat untuk para pelawat agar mereka menunjukkan rasa hormat kepada
Buddha ketika bersembahyang.
Calon C: Saya berhasil menjual seribu buah sikat. Setelah melakukan pengamatan
beberapa hari di wat siam itu, saya melihat banyak pelancung yang datang
berkunjung ke sana. Kemudian saya berkata pada ketua sami buddha, “Tuan, saya
melihat banyak penziarah yang datang ke sini. Jika tuan bisa memberi mereka
sebuah cenderamata, maka itu akan lebih menggembirakan hati mereka”. Saya
bilang padanya bahwa saya punya banyak sikat yang bagus dan murah. Saya lalu
meminta ketua sami tersebut untuk meletakkan tanda tangan pada setiap sikat
sebagai hadiah bagi para penziarah di wat siam itu. Ketua sami bersetuju dan
langsung memesan 1,000 buah sikat.
Akhirnya syarikat pengeluar sikat itu menerima ketiga orang tersebut sebagai
pekerja barunya. Calon C dipilih sebagai Pengurus Pemasaran, calon B menjadi
pembantu pengurus dan calon A sebagai pegawai pemasaran biasa.
* Kajian dari Harvard University menunjukkan 85% kejayaan adalah kerana sikap
dan 15% kerana kemampuan. Sikap ternyata lebih penting daripada kepandaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan