Jumaat, 23 November 2012

DARI "MEJA TANYA PAKAR" : CERITA MOTIVASI NLP - MENJUAL SIKAT KEPADA SAMI BUDDHA

Sebuah syarikat pengeluar sikat menawarkan peluang pekerjaan dalam sektor pemasaran. Lebih daripada 100 orang datang untuk temuduga.

Setelah melalui berbagai proses pemilihan yang cukup ketat, terpilihlah tiga calon utama. Sebut saja A, B dan C. Syarikat itu memberi tugas kepada tiga orang yang terpilih. A, B dan C diminta untuk menjual sikat kepada para sami buddha dalam jangka waktu 10 hari. Bagi sebagian orang, tugas ini tidak masuk akal kerana sami buddha berkepala botak dan tidak memerlukan sikat.


Sepuluh hari pun berlalu, akhirnya ketiga calon tersebut kembali ke pejabat untuk melaporkan hasil penjualan mereka.


Calon A: Saya hanya mampu menjual satu sikat. Saya sudah berusaha menawarkan sikat itu kepada sami buddha di sana tetapi mereka marah-marah kerana saya dianggap mempermainkan mereka. Tetapi untung, ketika saya berjalan menuruni tangga ada seorang sami muda yang mau membeli satu sikat dari saya. Sikat itu digunakan untuk menggaru kepalanya yang berkudis.


Calon B: Saya berhasil menjual sepuluh sikat. Saya pergi ke sebuah wat siam dan melihat banyak pelawat yang rambutnya tidak kemas kerana angin kencang yang bertiup di luar wat. Sami buddha di dalam wat itu mendengar cadangan saya dan membeli 10 sikat untuk para pelawat agar mereka menunjukkan rasa hormat kepada Buddha ketika bersembahyang.


Calon C: Saya berhasil menjual seribu buah sikat. Setelah melakukan pengamatan beberapa hari di wat siam itu, saya melihat banyak pelancung yang datang berkunjung ke sana. Kemudian saya berkata pada ketua sami buddha, “Tuan, saya melihat banyak penziarah yang datang ke sini. Jika tuan bisa memberi mereka sebuah cenderamata, maka itu akan lebih menggembirakan hati mereka”. Saya bilang padanya bahwa saya punya banyak sikat yang bagus dan murah. Saya lalu meminta ketua sami tersebut untuk meletakkan tanda tangan pada setiap sikat sebagai hadiah bagi para penziarah di wat siam itu. Ketua sami bersetuju dan langsung memesan 1,000 buah sikat.


Akhirnya syarikat pengeluar sikat itu menerima ketiga orang tersebut sebagai pekerja barunya. Calon C dipilih sebagai Pengurus Pemasaran, calon B menjadi pembantu pengurus dan calon A sebagai pegawai pemasaran biasa.


* Kajian dari Harvard University menunjukkan 85% kejayaan adalah kerana sikap dan 15% kerana kemampuan. Sikap ternyata lebih penting daripada kepandaian.


Khamis, 22 November 2012

BIASISWA JPA UNTUK PROGRAM DIPLOMA POLITEKNIK


Students who have registered for admission in January and June 2012/13 to study at the Polytechnic Diploma are invited to apply for JPA scholarships.

Apply now: http://goo.gl/H14pQ

Selasa, 20 November 2012

TAHNIAH BERJAYA CEMERLANG DALAM UPSR 2012



Pada 19 November 2012 (Isnin) keputusan UPSR 2012 telah diumumkan.  Warga My Smart GW mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon UPSR 2012  kerana berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2012. 

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua.
Life is not by chance, but by choice

Rabu, 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434H/2012M



Warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434H yang akan disambut pada 15 November 2012 (Khamis) ini kepada semua umat Islam. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Selasa, 6 November 2012

FROM "MEJA TANYA PAKAR" : OIL AND GAS SECTOR



Assalamualaikum Wr. Wb.
  • 40,000 new jobs will be created by this sector by 2015
  • More skilled workers means more chances of attracting foreign investment
Demand for skilled workers is expected to pick up for the oil and gas (O&G) sector of Malaysia, according to Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

In 2009, the combined oil, gas and energy sectors represented RM127 billion or 19 percent of GDP. This value is expected to increase over the next few years.

He emphasised the importance of training programmes as the country's O&G sector will need over 40,000 skilled workers by 2015.

"The demand is now very, very fixed and efforts towards coming up with enough skilled graduates is being intensified to ensure sufficient supply," he added.

The oil and gas industry is generally divided into upstream, midstream and downstream activities. Upstream activities consist of exploration, development and production of oil and gas resources. Midstream and downstream activities range from the transportation of oil and gas, to refining and processing through to marketing and trading of end products.

Furthermore, the minister said that it is pertinent to have quality trianing to equip talent with the required skills to successfully enter the workforce.

"If we are not prepared to meet the demand, it could turn potential investors away," he added. 

Isnin, 5 November 2012

KURSUS BIMBINGAN INTENSIF UJIAN & TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN U29



Assalamu'alaiku Wr. Wb.
Salam Sejahtera,


  • Tak tahu nak prepare apa untuk ujian Latihan Separa  Perubatan??
  • Atau anda mempunyai minat yang mendalam dalam kerjaya Separa Perubatan …tetapi tidak berjaya dalam temuduga??
  • Jadikan IMPIAN anda menjadi kenyataan dengan menyertai...
BENGKEL BIMBINGAN INTENSIF 
UJIAN & TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ..... JOM MENDAFTAR SEKARANG, SELAGI KEKOSONGAN MASIH ADA 
PENYERTAAN ADALAH TERHAD.....

Bimbingan Intensif Ujian & Temuduga Separa Perubatan U29 akan diadakan seperti ketentuan berikut :


Tarikh : 07 November & 11 Novemeber 2012
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Mini, Koperasi Anggota-Anggota Kerajaan Batu Pahat Berhad, No. 18 & 19, Jalan Bintang, Taman Koperasi Bahagia, Batu Pahat, Johor.


Cara Mendaftar :


  1. SMS butiran diri : Nama, No. K.P dan No. Telefon kepada 0197520557 atau email butiran tersebut kepada mornidaud@hotmail.com
  2. Pendaftaran boleh juga dibuat secara "online" melalui website (di page MEdSI/INSAK/Pra Medik).
  3. Bank in yuran penyertaan ke akaun CIMB : 01140001338055
  4. Setelah bank in yuran penyertaan SMS kepada 0197520557, Nama Bank, No Slip  transaksi dan masa transaksi.
  5. Sila bawa slip transaksi bank sebagai bukti pembayaran semasa pendaftaran untuk pengesahan penyertaan.
Yuran Penyertaan : Hanya RM 50.00/seorang. Peserta terhad untuk 100 orang sahaja. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 5 November 2012, jam 5.00 ptg.

- Pengarah Urusan My Smart GW

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2012




WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM 2012
KEPADA SEMUA CALON SPM 2012, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI.
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

- Pengarah Urusan Mysmart GW