Jumaat, 24 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H


Warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436H yang akan disambut pada 25 Oktober 2014 (Sabtu) ini kepada semua umat Islam dan khususnya kepada pelajar-pelajar sekalian. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Sabtu, 4 Oktober 2014

SALAM AIDILADHA 1435H/2014M

In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1435H/2014M  pada 5 Oktober 2014 (Ahad). Sehubungan dengan itu warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. 

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 


Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.