Khamis, 11 Ogos 2016

CERAMAH MOTIVASI CALON PT3 2016 SMK SURIA PERDANA, BATU PAHAT - TRANSFORMASI POTENSI DIRI : BERHARGANYA SEBUAH PELUANG


 Pada 10 Ogos 2016 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Berharganya Sebuah Peluang. Slot ceramah ini  mengambil masa 1.5 jam (2.30 petang hingga  3.00 petang) dihadiri oleh lebih 120 orang peserta terdiri daripada calon PT3 SMK Suria Perdana, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan Seminar SMK Suria Perdana.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pn. Melur binti Badron, Kaunselor Pelajar SMK Suria Perdana, AJK Program dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





Ahad, 7 Ogos 2016

CERAMAH MOTIVASI CALON UPSR 2016 SEKOLAH - SEKOLAH RENDAH DAERAH BATU PAHAT - TRANSFORMASI POTENSI DIRI : MEMILIH UNTUK BERJAYA



 Pada 06 Ogos 2016 (Sabtu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam PROGRAM MOTIVASI & BENGKEL UPSR 2016, Anujuran Koperasi Anggota- Anggota Kerajaan Batu Pahat,untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Memilih Untuk Berjaya.  Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi) dihadiri oleh lebih 200 orang peserta terdiri daripada calon UPSR 2016 sekolah-sekolah kebangsaan Daerah Batu Pahat. Program ini berlangsung di Dewan Aura, Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Lembaga Pengarah KAAK Batu Pahat dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





Selasa, 5 Julai 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1437H/2016M



InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1437H/2016M  pada 06 Julai 2016 (Rabu). Sehubungan dengan itu Warga My Smart Golden Works mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H/ 2016M dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian.

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.

Jumaat, 3 Jun 2016

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1437H/2016M



Warga My Smart Golden Work mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1437H kepada semua kaum muslimin  InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 6 Jun 2016 (Isnin).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap yang pihak kami  lakukan sepanjang kami menjalanakan pelbagai program bersama anda.  Salam Ramadhan Al-Mubarak.


- Pengarah Urusan My Smart Golden Work. 

Sabtu, 14 Mei 2016

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2016 TELAH DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




Jadual peperiksaan SPM 2016. Cikgu-cikgu, ibu bapa dan calon SPM semua dah boleh buat persediaan awal lah ye.

Peperiksaan SPM akan bermula pada hari Isnin, 7 November 2016 iaitu kertas Bahasa Melayu kertas 1 pada jam 8.00 hingga 10.15 pagi.
Kertas akhir untuk peperiksaan ini pula ialah English for Science and Technology Kertas 2 ( Aneka Pilihan) iaitu pada 6 Disember 2016. Namun demikian, ada calon yang akan habis peperiksaan lebih awal mengikut subjek SPM yang diambil 2016.

Sabtu, 30 April 2016

PROGRAM MOTIVASI DARJAH KHAS 2016, SEKOLAH AGAMA SERI BEROLEH BATU PAHAT



 Pada 30 April 2016 (Sabtu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Darjah Khas 2016, Sekolah Agama Seri Beroleh, Batu Pahat, Johor, untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Sahsiah Cemerlang, Pelajar Terbilang. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (9.00 pagi hingga 11.00 pagi) dihadiri oleh lebih 60 orang peserta terdiri daripada pelajar Darjah Khas, Sekolah Agama Seri Beroleh, Batu Pahat. Program ini berlangsung di Pusat Rekriasi Pantai Penyengat, Muar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Guru Besar En. Md. Nizam bin Ibrahim dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.










Khamis, 7 April 2016

MOTIVASI CALON PT3, SMK. DATO SULAIMAN, BATU PAHAT : TRANSFORMASI POTENSI DIRI - MEMILIH UNTUK BERJAYA MEREALISASIKAN IMPIAN

 Pada 3 April 2016 (Ahad),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Kecemerlangan PT3 2016 anjuran SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Memilih Untuk Berjaya Merealisasikan Impian. Slot ceramah mengambil masa 2 jam (9.30 pagi hingga 11.30 pagi) dihadiri oleh lebih 180 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 calon PT3 2016 dan ibu bapa pelajar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua, Unit Kecemerlangan SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat, Unit Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.