Selasa, 31 Disember 2013

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014







Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2014?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2013 ke tahun 2014, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!.

Sabtu, 21 Disember 2013

KURSUS MOTIVASI DIRI DAN KECEMERLANGAN PEMBANTU MAKMAL C17 & C22, DAERAH BATU PAHAT.

Pada 19 Disember 2013 (Khamis), bersempena dengan Program Kursus Motivasi Diri dan Kecemerlangan Pembantu Makmal C17 & C22 Daerah Batu Pahat, anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat dan C-Lab Daerah Batu Pahat.  En. Mohd Daud bin Salleh telah diundang untuk menyampaikan ceramah bertajuk :  Semarak Minda Pekerja - Transformasi Kualiti Potensi Diri Menarik Kecemerlangan.  Slot ini mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi), berlangsung di Balai Ilmu, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, dihadiri oleh lebih 160 orang Pembantu Makmal seluruh sekolah menengah Daerah Batu Pahat.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak  Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat, Pengerusi dan AJK C-Lab Batu Pahat atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 19 Disember 2013

TAHNIAH ANDA BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DALAM PMR 2013



Pada 19 Disember  2013 (Khamis) keputusan PMR 2013 telah diumumkan.  Warga My Smart GW mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon PMR 2013  kerana berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2013, terutama khusus untuk ibu bapa dan pelajar yang mengikuti program kami..

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh di peringkat menengah. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua. 


Life is not by chance, but by choice

- Pengarah Urusan My Smart GW

Khamis, 14 November 2013

TAHNIAH ANDA CEMERLANG UPSR 2013



Pada 14 November 2013 (Khamis) keputusan UPSR 2013 telah diumumkan.  Warga My Smart Golden Work Training & Consultancy mengucapkan  tahniah kepada ibu bapa dan  calon UPSR 2013  kerana berjaya dengan cemerlang dalam UPSR 2013.  Terutama yang telah mengikuti program kami daripada My Smart Golden Work Trainning & Consultancy.

Bagi mereka yang tidak mendapat keputusan yang baik, perjalanan masih jauh lagi. Ini baru permulaan bagi perjalanan yang masih jauh. Banyak lagi yang boleh dicapai dan moga anda  berusaha lebih gigih pada masa depan, Semoga Allah S.W.T. mengurniakan rahmat kepada anda semua.
Life is not by chance, but by choice

Selasa, 5 November 2013

SELAMAT MENGHADAPI PPEPERIKSAAN SPM & STPM 2013




WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM & STPM  2013 (6 NOVEMBER 2013) 
KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM 2013, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Isnin, 4 November 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1435H




Warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1435H yang akan disambut pada 05 November 2013 (Selasa) ini kepada semua umat Islam. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Rabu, 23 Oktober 2013

EKSTRA FOKUS 15 : KUASA DIRI, KUASA MINDA, KUASA KEJAYAAN



Pada 22 Oktober 2013 (Selasa), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Ekstra Fokus 15 : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan.. Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (8.00 pagi hingga 10.00 pagi). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 tgh.) peserta merupakan tingkatan 5 calon SPM tahun 2013. Slot pertama berfokus kepada kumpulan pelajar cemerlang. Slot kedua pula fokus sasaranya kepada kumpulan pelajar pencapaian sederhana. .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.