Selasa, 17 Januari 2012

JOM MASUK U

Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.


Lokasi Karnival Pengajian Tinggi Negara Jom Masuk U 2012
Karvinal Jom Masuk U 2012 akan berlangsung seperti berikut :


Tarikh
Lokasi
14 – 15 Januari
Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
28 – 29 Januari
Terengganu Trade Centre, Terengganu
04 – 05 Februari
Sunway Convention Centre, Seberang Jaya, Pulau Pinang
11 –12 Februari
Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
18 – 19 Februari
Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
25 – 26 Februari
Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan
03 –0 4 Mac
Port Dickson, Negeri Sembilan
10 – 11 Mac
Permata Exhibition Hall, Kuching, Sarawak
17 – 18 Mac
Kuala Kangsar, Perak
24 – 25 Mac
PERSADA, Johor Bahru, Johor
31 Mac – 1 April
MINES International Exhibition Centre, Selangor


Tarikh dan lokasi di atas adalah tertakluk kepada pindaan. Masuk adalah percuma. Secara amnya karnival ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sila layari laman web kementerian pengajian tinggi untuk maklumat yang terkini.

Sabtu, 7 Januari 2012

TRANSFORMASI POTENSI MENGANGKASA DIRI


En. Mohd Daud Salleh sedang menyampaikan ceramah
bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan Dimensi Baru


Pada 04 Januari 2012 (Rabu), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan Dimensi Baru. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.00 pagi hingga 1.00 petang) dihadiri oleh 300 pelajar tingkatan Empat, anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Dato Seth, Yong Peng, Batu Pahat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit B&K dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Sabtu, 31 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.




Apa azam anda menjelang tahun 2012?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2011 ke tahun 2012, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.


Sabtu, 24 Disember 2011

KEPUTUSAN PMR 2011, TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA

Assalamu'alaiku Wr. Wb. dan Salam Sejahtera,




Keputusan PMR 2011 telah diumumkan, belum terlewat untuk kami mengucapkan tahniah kepada Ibubapa dan pelajar-pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2011 kali ini. Kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan putus asa sebab anda masih berpeluang untuk memperbaiki keputusan dengan terus berusaha untuk menghadapi SPM pula. Tahniah!

Selasa, 20 Disember 2011

TARIKH RASMI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2011

Asslamualaiku Wr. Wb.
Saya menarik perhatian kepada ibu bapa khususnya anak mereka merupakan calon PMR 2011, dan juga untuk anak-anak pelajar yang menanti keputusan PMR 2011.
Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis.
Pada 22 Disember juga, Majlis Pengumuman Analisis Keputusan PMR 2011 akan diadakanpada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 seperti gambar yang tertera di bawah. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 22 Disember 2011 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 28 Disember 2011.





Isnin, 14 November 2011

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : SIJIL PALING MUSTAHAK


SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM (Sijil Paling Mustahak)
KEPADA SEMUA CALON SPM 2011 SELURUH NEGARA


KEPENTINGAN SPM (Sijil Paling Mustahak)

Biar apa pun kerjaya yang menjadi idaman anda, seperkara sangat penting yang akan menjadi faktor penentu dalam mengorak langkah memastikan idaman menjadi kenyataan ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang peperiksaan bertulisnya akan anda duduki pada 14 November 2011 ini.

SPM boleh juga kita katakan sebagai SIJIL PALING MUSTAHAK.

Oleh itu anda hendaklah menetapkan matlamat untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan diambil itu. Tidak ada pilihan lain lagi daripada SPM.

Oleh itu bagi memastikan anda akan terus berjaya untuk untuk melanjutkan pendidikan selepas SPM yang membolehkan anda mengambil bidang kerjaya yang diimpikan, keputusan peperiksaan SPM adalah penting. Ia adalah SIJIL PALING MUSTAHAK (SPM).


Selasa, 8 November 2011

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : UJIAN DAN PENGORBANAN


Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati. Kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki melalui ujian dan memerlukan pengorbanan.