Rabu, 31 Disember 2014

SALAM TAHUN BARU 2015



Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2015?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2014 ke tahun 2015, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015!.

Isnin, 1 Disember 2014

TARIKH BELI NOMBOR PIN UNIK ID UPU SESI 2015/2016



Tarikh beli nombor pin unik ID kemasukan UPU/ IPTA sesi akademik 2015/ 2016. Kepada pemohon yang ingin mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2015/2016, tarikh pembelian nombor pin akan dibuka mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2015/ 2016.

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2015/ 2016
19 Januari 2015 – 6 April 2015 : Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2015/2016. Sehubungan itu, permohonan borang UPU secara online boleh diakses mulai 19 Januari 2015 sehingga tarikh tutup pada 6 April 2015.
Borang UPU Online Sesi 2015/ 2016
Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 19 Januaari 2015 sehingga 6 April 2015
Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU
  1. Sila datang ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  2. Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  3. Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  4. Pergi kaunter dan buat pembayaran
  5. Untuk permohonan UPU: RM10.00 + RM0.60 (Cas Perkhidmatan)
Contoh Slip Salinan Pembelian No Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Maklumat Penting Permohonan UPU  Sesi Akademik 2015/ 2016
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2015/2016 dijangka akan dibuka mulai 19 Januari 2015 (Minggu Ketiga) sehingga 6 April 2015.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.

Ahad, 2 November 2014

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM & STPM 2014


WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM & STPM  2014 (3 NOVEMBER 2014) 
KEPADA SEMUA CALON SPM & STPM 2014, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Jumaat, 24 Oktober 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436H


Warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1436H yang akan disambut pada 25 Oktober 2014 (Sabtu) ini kepada semua umat Islam dan khususnya kepada pelajar-pelajar sekalian. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini bersamalah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T., banyakkan beribadah dan mengerjakan perkara kebaikan.

Sabtu, 4 Oktober 2014

SALAM AIDILADHA 1435H/2014M

In Shaa Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1435H/2014M  pada 5 Oktober 2014 (Ahad). Sehubungan dengan itu warga My Smart GW mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian. 

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya dan mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk mengelakkan berlakunya kejadian kecurian dan pecah rumah. Diingatkan patuhi undang-undang lalu lintas dan ingatlah orang yang tersayang, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada berlaku silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama. 


Qurban itu melepaskan apa yang kita sayang untuk orang yang tersayang kerana YANG MAHA PENYAYANG. Qurban itu maknanya merelakan dirinya susah untuk orang lain yang susah kerana YANG AMAT PEMURAH. Selamat menjalani ibadah qurban dan Selamat menyambut idul adha. Salam Aidiladha.

Rabu, 10 September 2014

PEPERIKSAAN UPSR DITUNDA UNTUK MATA PELAJARAN SAINS



Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan untuk mata pelajaran Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ditunda ke tarikh baru, 30 September.

Ia memandangkan kertas peperiksaan tersebut dikesan tersebar luas di laman sosial.

“Kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” kenyataan kementerian dipetik.

Ia melibatkan peperiksaan bagi kertas Science dengan kod "018, 028, dan 038".

PROGRAM PERMATA HARAPAN 2014, SMK DATO MENTERI, AYER HITAM.


Pada 10 September 2014 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam, sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, : Transformasi Potensi Diri  Magnet Kejayaan, dalam Program Permata Harapan 2014. Ceramah mengambil masa 2 jam (9.00 pagi. hingga 11.00 pagi). dihadiri oleh 120 orang peserta terdiri daripada pelajar pilihan dan ibu bapa.  Program ini diadakan di Dewan Seminar SMK Dato Menteri, Ayer Hitam.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Dato Menteri, Ayer Hitam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.