Selasa, 9 September 2014

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2014



WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2014
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2014, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Sabtu, 30 Ogos 2014

SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-57



TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-57.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalnnur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

Warga My Smart Golden Works mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-,57 kepada calon UPSR, PT3, SPM, STPM & STAM  2014 dan seluruh rakyat Malaysia. 

"MALAYSIA... DILAHIRNYA SEBUAH CINTA"

- Pengarah Urusan My Smart Golden Works.

Selasa, 12 Ogos 2014

PROGRAM MOTIVASI KEUPAYAAN PENINGKATAN MINDA (PT3) 2014



Pada 11 Ogos 2014 (Isnin), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Dato' Ahmad Arsad, Batu Anam, Segamat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, Slot 1 : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan dan Slot 2 : Kemahiran Menghadapi Peperiksaan dan Mengendalikan Tekanan, dalam Program Motivasi Keupayaan Peningkatan Minda (PT3) 2014Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (8.00 pagi. hingga 10.00 pagi). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 ptg.) dihadiri oleh 120 orang pelajar tingkatan 3. Program ini diadakan di Dewan Seminar Kolej Komuniti Segamat 2, Segamat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Dato Ahamd Arsad, Segamat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Ahad, 27 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1435H/2014M



InsyaAllah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014M  pada 28 Julai 2014 (Isnin). Sehubungan dengan itu Warga My Smart Golden Works mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/ 2014M dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam, khususnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian.

Kepada yang akan balik kampung untuk berhari raya bersama keluarga dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya. Patuhi undang-undang lalu lintas, supaya  selamat. Kami semua mendoakan keselamatan anda semua semoga selamat pulang dan selamat kembali.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf mungkin ada silap dan salah. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna dan tidak lekang daripada melakukan kesilapan.Teguran yang berhemah sentiasa kami alukan untuk kebaikan bersama.  

Sabtu, 28 Jun 2014

SALAM RAMADHAN 1435H/2014M



Warga My Smart Golden Work mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1435H kepada semua kaum muslimin  InsyaAllah 1 Ramadhan pada tahun ini jatuh pada 29 Jun 2014 (Ahad).

Semoga amalan kita pada Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu. Ampun dan maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap yang pihak kami  lakukan sepanjang kami menjalanakan pelbagai program bersama anda.  Salam Ramadhan Al-Mubarak.


- Pengarah Urusan My Smart Golden Work. 

Sabtu, 21 Jun 2014

EKSTRA FOKUS 80 : MOTIVASI IBU BAPA - 80 HARI MENJEJAK UPSR




Pada 20 Jun 2014 (Jumaat), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SK Penghulu Salleh, Batu Pahat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk :Ekstra Fokus 80 : Motivasi Ibu Bapa -  80 Hari Menjejak UPSR. Ceramah ini mengambil masa 2 jam (9.00 pagi hingga 11.00 pagi). Program ini dihadiri 60 orang ibu bapa pelajar tahun 6.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Guru Besar SK Ppenghulu Salleh, Batu Pahat  dan semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Rabu, 11 Jun 2014

UPU IPTA RESULTS WILL BE OUT TOMORROW.





UPU IPTA appeal results to be released 12 June. Are you ready?

Appeal results for admission to institutions of higher learning (IPTA) and Premier Polytechnic for SPM leavers / equivalent can be reviewed from 12 noon tomorrow. Candidates can check the results at any of these sites:
  • http://upu.moe.gov.my
  • https://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu. my
  • https://jpt.unimas.my
  • http://jpt.ums.edu.my