Ahad, 31 Disember 2017

SALAM TAHUN BARU 2018


Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2018?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke tahun 2018, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”
Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!.

Ahad, 8 Oktober 2017

SELAMAT MENGHADAPI PT3 2017





Ujian Bertulis PT3 akan bermula pada 9 Oktober 2017 (Isnin) hingga 12 Oktober 2017 (Khamis). Kami warga My Smart Golden Work ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2017 kepada semua pelajar Tingkatan 3, terutama yang mengikuti program kami. Seluruh warga My Smart Golden Work mendoakan kejayaan anda.

Ahad, 10 September 2017

SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2017


WARGA MySmart GW  MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR 2017 (11 SEPT. - 14 SEPT. & 18 SEPT.  2017)
KEPADA SEMUA CALON UPSR 2017, KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG MENGIKUTI PROGRAM KAMI. 
TENANGKAN HATI, FOKUS DAN BUAT YANG TERBAIK. KAMI DOAKAN SEMOGA MERAIH KEJAYAAN CEMERLANG.

Khamis, 7 September 2017

PROGRAM PERCAMBAHAN MINDA (2) 2017, SMK SYED ESA, BATU PAHAT.

 Pada 6 September 2017 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah dalam Program Percambahan Minda 2,  tajuk ceramah  - Transformasi Potensi Diri : Diri Magnet Kejayaan. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (2.15 petang hingga 4.15 petang)  dihadiri oleh 299  orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 2, SMK Syed Esa,  Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SMK Syed Esa, Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  Pn. Irnawaty, AJK program  dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





Rabu, 6 September 2017

PROGRAM PERCAMBAHAN MINDA (1) 2017, SMK SYED ESA, BATU PAHAT.

 Pada 5 September 2017 (Selasa),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah dalam Program Percambahan Minda 1,  tajuk ceramah  - Transformasi Potensi Diri : Lain Yang Dulu, Lain Yang Sekarang. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (2.15 petang hingga 4.15 petang)  dihadiri oleh 300  orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, SMK Syed Esa,  Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SMK Syed Esa, Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  Pn. Irnawaty, AJK program  dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.




Aktiviti Brain Gym

Khamis, 10 Ogos 2017

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING UNTUK GURU


Pada 9 Ogos 2017 (Rabu), bersempena dengan Program Kemahiran Kauseling Untuk Guru, En. Mohd Daud bin Salleh telah diundang untuk menyampaikan ceramah bertajuk :  Kemahiran Asas KaunselingSlot ini mengambil masa 1½ jam (2.00 petang  hingga 3.30 petang)  berlangsung di Dewan Seminar, SMK Tinggi, Batu Pahat, dihadiri oleh  lebih 80 orang guru SMK Tinggi Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak  atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.








Rabu, 12 Julai 2017

MOTIVASI CALON SPM 2017 SMK TUNKU PUTRA, BATU PAHAT.


 Pada 12  Julai 2017 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk,Transformasi Potensi Diri : Memilih Untuk Berjaya. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (8.00 pagi hingga 10.00 pagi)  dihadiri oleh lebih 111 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 5, calon SPM 2017, SMK Tunku Putra, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Bilik Seminar, SMK Tunku Putra,  Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  Pn. Hjh. Juriah binti Daud, Tn. Hj. Jaafar bin Sabran dan Pn. Liew Siaw Ting, AJK Program  dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.




Selasa, 9 Mei 2017

MOTIVASI CALON UPSR 2017, SK MONTFORT, BATU PAHAT, JOHOR


 Pada 7 Mei 2017 (Ahad),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri Memilih Untuk Berjaya. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga 10.30 pagi)  dihadiri oleh lebih 250 orang peserta terdiri daripada pelajar Tahun 6, calon UPSR 2017, SK Monfort, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SK Montfort,  Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  AJK Program  dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.



Aktiviti Brain Gym

Isnin, 17 April 2017

PROGRAM KECEMELRANGAN PELAJAR KELAS RANCANGAN KHAS 2017, SMK DATO SETH, BATU PAHAT


 Pada 13 April 2017 (khamis),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri Memilih Untuk Berjaya. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (8.00 pagi hingga 10.00 pagi)  dihadiri oleh lebih 250 orang peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan 3, 2 dan 1 Kelas Rancangan Khas, SMK Dato Seth, Yong Peng, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SMK Dato Seth,  Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  AJK Program  dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.



Aktiviti : Finger Lift Challenge





Ceramah : Transformasi Potensi Diri Memilih Umtuk Berjaya

Selasa, 28 Februari 2017

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN PT3 SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR.


 Pada 27 Febuari 2017 (Isnin),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Memilih Untuk Berjaya. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga  12.30 petang)  dihadiri oleh lebih 150 orang peserta terdiri daripada calon PT3, SMK Convent, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SMK Convent, Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  AJK Program  dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.






Rabu, 15 Februari 2017

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN SMK DATO SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR.


 Pada 14 Febuari 2017 (Selasa),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Memilih Untuk Berjaya. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (8.30 pagi hingga  10.30 pagi dihadiri oleh lebih 250 orang peserta terdiri daripada Pelajar Tingkatan 3 dan 5,  SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan SMK Dato Syed Esa, Batu Pahat,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, Kaunselor sekolah,  AJK Program dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.






Rabu, 25 Januari 2017

CERAMAH KEPIMPINAN PENGAWAS SMK DATIN ONN JAAFAR, BATU PAHAT.



 Pada 24 Januari 2017 (Selasa),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding ,Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Transformasi Potensi Diri : Kecemerlangan Kepimpinan Pengawas Sekolah. Slot ceramah ini  mengambil masa 2 jam (12.00 petang hingga  2.00 petang) dihadiri oleh lebih 105 orang peserta terdiri daripada Pengawas SMK Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Ceramah Motivasi ini berlangsung di Dewan Seminar SMK Datin Onn Jaafar.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengetua, En. Ragu Raman Raja Gopal Kaunselor Pelajar SMK Datin Onn Jaafar, AJK Program dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.





Ahad, 1 Januari 2017

SALAM TAHUN BARU 2017



Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2017?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke tahun 2017, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017!.