Ahad, 30 Ogos 2015

SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-58


Image result for tema hari kemerdekaan 2015
TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-58.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalnnur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

Warga My Smart Golden Works mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-,58 kepada calon UPSR, PT3, SPM, STPM & STAM  2015 dan seluruh rakyat Malaysia. 

Isnin, 24 Ogos 2015

PROMOSI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2015


MY SMART GOLDEN  WORK TRAINING  & CONSULTANCY

Menawarkan Sebut Harga Sempena Bulan Kemerdekan


BIL
PROGRAM
TEMPAT
HARGA ASAL
PROMOSI
1.
Ceramah  2 Jam
Sekolah
300.00
250.00
2.
Ceramah/Bengkel ½ hari
Sekolah
600.00
550.00
3.
Ceramah/Bengkel 1 hari*
Sekolah
1300.00
1200.00
4.
Program Titisan Kasih Permata Hati
Sekolah
650.00
600.00
5.**
Ceramah keibubapaan 2 Jam
Sekolah
400.00
300.00
     **HOT !! PERMINTAAN YANG TINGGI

PROMOSI BENGKEL PERSIAPAN KERJAYA (Career Preparation Workshop)
Khas Untuk Pelajar Menengah Atas & Pelajar Pra U

Pakej
Pakej Harga Seorang
Tempat

½ Hari (8.00 pagi – 1.00 petang)


RM 5.00
(Minimum 80 orang pelajar)

Sekolah/Pilihan

1 Hari (8.00 pagi – 5.00 petang)


RM 10.00
(Minimum 100 orang pelajar)

Sekolah/Pilihan

Ringkasan Kursus :

Kursus ini akan merangkumi pengisian berikut :

Modul   1         -           Ceramah  :  Prospek Pasaran Kerjaya Masa Kini.
Persiapan diri untuk masuk dalam pasaran kerja sama ada sektor awam atau sektor swasta.

Modul 2            -          Ujian Minat Kerjaya, untuk mengetahui kecenderungan kerjaya
                                    peserta .

Modul 3            -           Bengkel  penulisan resume yang berkesan.
                                   
Modul 4            -          Kemahiran Temuduga & Simulasi Temuduga/Mock Interview.
                                    Jenis-jenis Temuduga. Persiapan  sebelum temuduga dari segi 
                                    mental, pengetahuan, penampilan dan penyediaan fail
                                    sijil-sijil yang berkaitan. Tatatertib dan etika semasa temuduga.
                                   
Modul 5            -           Soal Jawab & Rumusan.

CATATAN :
  • Tawaran ini hanya untuk bulan Ogos hinngga Oktober bagi kawasan Daerah Batu Pahat, Muar, Kluang dan Segamat sahaja.
  •  Caj ini hanya untuk untuk caj konsultan, pembangunan modul, alat bantu mengajar  dan  alat guna habis sahaja.
  •  Tidak termasuk jamuan, penginapan para peserta dan  penceramah, nota dan kos  pengangkutan para perserta.
  •   *Fasilitator akan digunakan dalam program ini.

Ahad, 23 Ogos 2015

PROMOSI PROGRAM TITISAN KASIH PERMATI HATI 2015



.
SEBUAH SEMINAR KHAS
MENGGARAP  KECEMERLANGAN POTENSI DIRI,
SAHSIAH & AKADEMIK

“TITISAN KASIH PERMATA HATI”
Sebuah pertemuan yang terbukti cemerlang dan berkesan dalam mempengaruhi
 mind-set pelajar untuk berubah dan bertindak berusaha menggarap kecemerlangan dalam revolusi potensi diri, sahsiah dan akademik. Sesuai untuk pelajar sekolah menengah dan rendah.

PELAJAR / ANAK  KURANG  MENYAYANGI  IBU BAPA?
PELAJAR / ANAK  KURANG  BERSEMANGAT  UNTUK   BELAJAR?
HUBUNGAN KURANG MESRA ANTARA IBU BAPA DAN ANAK?
ANAK KURANG  DIHARGAI?
IBU BAPA TIDAK DAPAT MENGAWAL ANAK-ANAK?

WALAU APA PUN SITUASI YANG ANDA ALAMI
JANGAN PANIK  INSYAALAH  ADA CARA UNTUK  MEGUBAHNYA.

BONUS : PELAJAR AKAN  DIAJARKAN DENGAN PELBAGAI TEKNIK ATAU KAEDAH   NLP    (Neuro-Linguistic Programming) & LOA (Law Of Attraction) UNTUK  MEMBENTUK       MIND-SET  DAN  BERUBAH.

CADANGAN TENTATIF PROGRAM :

8.00 – 8.30 Pagi                      =          Pendaftaran
8.30 – 10.30 Pagi                    =          SLOT 1 (Pengisian dijalankan serentak untuk
                                                                      ibu bapa dan pelajar tetapi lokasi berbeza)
10.30 – 11.00 Pagi                  =          Rehat/Kudapan
11.00 – 1.00 Petang                =          SLOT 2 (Ibu bapa dan pelajar dikumpulan 
                                                          setempat)

PENGISIAN/ PERLAKSANAAN PROGRAM :

SLOT 1 :
Ibu bapa :                                                                   
1.  Peranan Ibu bapa                                                
2.  Bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang    
3.  Membina mind-set Ibu bapa                                 
4.  Kemahiran komunikasi dengan anak                  
5.  Mengenali tingkahlaku anak                                
6.  Warkah untuk anakanda                                     

Pelajar :
 1.  Peranan pelajar
 2.  Membina Matlamat
 3.  Membina mind-set pelajar
 4.  Ibu bapa wali keramat
 5.  Kemahiran komunikasi
 6.  Warkah untuk ayah bonda

SLOT 2 :
1.  Pengisian Khas Titisan Kasih Permata Hati
2.  Getaran Halangan & Getaran  ’Magnet Kejayaan’

PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI :        

EN. MOHD DAUD BIN SALLEH (019-7520557
EN. MOHD ZAIM BIN SHARIF (019-7771967)

HARGA ASAL : RM 650.00,  HARGA PROMOSI : RM 600.00
Promosi Khas Untuk Daerah : Batu Pahat, Muar dan Kluang Sahaja.

BERTINDAK SEKARANG!  ”FAST ACTION, FAST RESULT”

Sabtu, 22 Ogos 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM SMK DATO MENTERI, AYER HITAM, BATU PAHAT.




Pada 21 Ogos 2015 (Jumaat),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Kecemerlangan SPM 2015 anjuran SMK Dato Menteri, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Keluarga Bahagia Pelajar Cemerlang. Slot ceramah mengambil masa 2 jam (3.00 petang. hingga 5.00 petang) dihadiri oleh lebih 200 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 5 calon SPM tahun 2015  dan ibu bapa.   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua, Unit Kecemerlangan SMK Dato Menteri, Batu Pahat,   dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Khamis, 20 Ogos 2015

PECUTAN AKHIR 'EKSTRA FOKUS' 50 HARI MENJELANG PT3 2015,SMK TM ISKANDAR, BATU PAHAT.


Pada 19 Ogos 2015 (Rabu),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Motivasi Calon PT3 2015 anjuran SMK TM Iskandar, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Pecutan Akhir "Ekstra Fokus' 50 Hari Menjelang PT3 2015 dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction).  Ceramah mengambil masa 2 jam (10.30 pagi. hingga 12.30 tgh.) dihadiri oleh 120 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3  calon PT3 tahun 2015..   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua  SMK TM Iskandar, Batu Pahat, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Sabtu, 15 Ogos 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN PT3 2015, SMK DATO MENTERI BATU PAHAT.




Pada 14 Ogos 2015 (Jumaat),  En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi dalam Program Kecemerlangan PT3 2015 anjuran SMK Dato Menteri, Batu Pahat untuk menyampaikan ceramah bertajuk, :  Keluarga Bahagia Pelajar Cemerlang. Slot ceramah mengambil masa 2 jam (3.00 petang. hingga 5.00 petang) dihadiri oleh lebih 200 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 calon PT3 tahun 2015  dan ibu bapa.   

Jutaan terima kasih diucapkan kepada  Pengetua, Unit Kecemerlangan SMK Dato Menteri, Batu Pahat  dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.










Khamis, 13 Ogos 2015

KURSUS LDP MAJLIS GURU KAUNSELING KEBANGSAAN (MGKK) CAWANGAN DAERAH BATU PAHAT.


Pada 12 Ogos 2015 (Rabu), Bersempena dengan Program Latihan Dalam Perkhidmatan MGKK Cawangan Batu Pahat, En. Mohd Daud bin Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi mencapaikan ceramah dan bengkel bertajuk : Travel Log - Sebuah Perkongsian Menyelusuri Hidup Kauselor Pelajar dan Daya Resilien Kaunselor Sekolah.  Slot ini mengambil masa 2 jam (9.30 pagi hingga 11.30 pagi), diadakan di SMK Sri Gading, Batu Pahat, dihadiri oleh lebih 150 orang Kaunselor Pelajar Daerah Batu Pahat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PPD Batu Pahat, AJK Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) MGKK Cawangan Batu Pahat dan semua yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.