Rabu, 18 Februari 2015
PROGRAM MOTIVASI SERONOKNYA SEKOLAH TAHUN 2015 SMK CONVENT, BATU PAHAT.
Pada 17 Februari 2015 (Selasa), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Convent, Batu Pahat, sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, : Transformasi Potensi Diri Menjana Kecemerlangan dalam Program Motivasi Seronoknya Sekolah Tahun 2015 dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction). Ceramah mengambil masa 2 jam (10.30 pagi. hingga 12.30 tgh) dihadiri oleh 40 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Program ini diadakan di Bilik Gerakan, SMK Convent, Batu Pahat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pentadbir SMK Convent, Batu Pahat dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.
Sabtu, 14 Februari 2015
REVOLUSI PENGURUSAN MASA MENARIK KEJAYAAN
Pada 13 Februari 2015 (Jumaat), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Tun Aminah, Batu Pahat, sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, : Revolusi Pengurusan Masa Menarik Kejayaan untuk pelajar-pelajar asrama dengan menggunakan Pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan LOA (Law Of Attraction). Ceramah mengambil masa 2 jam (9.00 pagi. hingga 11.00 pagi). dihadiri oleh 150 orang peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Program ini diadakan di Dewan SMK Tun Aminah, Batu Pahat.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit HEM, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Pentadbiran asrama SMK Tun Aminah, Batu Pahat dan semua guru yang terlibat atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.
Langgan:
Catatan (Atom)