Rabu, 31 Disember 2014

SALAM TAHUN BARU 2015



Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2015?

Setiap kali apabila menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita. Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2014 ke tahun 2015, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri. Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”

Untuk mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan 
Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Selamat Menyambut Tahun Baru 2015!.

Isnin, 1 Disember 2014

TARIKH BELI NOMBOR PIN UNIK ID UPU SESI 2015/2016



Tarikh beli nombor pin unik ID kemasukan UPU/ IPTA sesi akademik 2015/ 2016. Kepada pemohon yang ingin mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2015/2016, tarikh pembelian nombor pin akan dibuka mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015. Berikut adalah cara pembelian nombor pin kemasukan ke upu bagi sesi 2015/ 2016.

Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2015/ 2016
19 Januari 2015 – 6 April 2015 : Pembelian No. Unik ID & Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik & ILKA Bagi Sesi Akademik 2015/2016. Sehubungan itu, permohonan borang UPU secara online boleh diakses mulai 19 Januari 2015 sehingga tarikh tutup pada 6 April 2015.
Borang UPU Online Sesi 2015/ 2016
Sila layari http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 19 Januaari 2015 sehingga 6 April 2015
Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU
  1. Sila datang ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  2. Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  3. Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  4. Pergi kaunter dan buat pembayaran
  5. Untuk permohonan UPU: RM10.00 + RM0.60 (Cas Perkhidmatan)
Contoh Slip Salinan Pembelian No Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Maklumat Penting Permohonan UPU  Sesi Akademik 2015/ 2016
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2015/2016 dijangka akan dibuka mulai 19 Januari 2015 (Minggu Ketiga) sehingga 6 April 2015.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.