Sabtu, 30 Ogos 2014

SALAM KEMERDEKAAN ULANG TAHUN KE-57



TANGGAL 31 Ogos datang lagi - tanda meningkat setahun lagi usia kemerdekaan negara. Ketika laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dikumandangkan Tunku Abdul Rahman mengiang-ngiang di telinga, kini Malaysia menyambut lagi ulang tahun ke-57.

Sebagaimana Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara menjadi saksi turunnya bendera Union Jack, begitulah juga bangunan dengan reka bentuk Moorish itu menjadi saksi peningkatan dalam pembangunan serta perkembangan sebuah negara bernama Malaysia.

Dengan bebasnya negara daripada belenggu penjajahan bermakna perjuangan mendapatkan kemerdekaan juga berakhir, tetapi ia juga bermakna bermulanya perjuangan mengisi kemerdekaan.Semangat merdeka juga terus disemai bagi memberi kesedaran kepada anggota masyarakat akan betapa payahnya perjuangan menjadi negara yang bebas dari sebarang unsur-unsur penjajahan. Bagaimanapun, masyarakat Melayu tidak bersendirian kerana pemimpin Melayu sedar bahawa tanpa pembabitan bangsa lain, perjuangan ini tidak akan berjaya kerana melalui kemerdekaan, Malaya akan ditadbir di bawah satu sistem di mana semua bangsa akan bersatu.
Rentetan demi rentetan peristiwa yang membawa kepada kemerdekaan negara mungkin masih segar dalam kepala golongan tua, namun bagi golongan muda hanya semangat ini yang dibawa bersama dalam menyemarakkan hari kemerdekaan.Kibaran merah putih Jalur Gemilang kini menjadi pembangkit semangat kemerdekaan. Sana-sini ia diarak bagi membuakkan rasa kasih dan cinta kepada negara yang memberikan segala kemewahan dan peluang kepada rakyatnya.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai bahan digunakan bagi membentuk Jalnnur Gemilang menandakan betapa semaraknya keinginan semua anggota masyarakat untuk terus menjadi sebuah negara berdaulat yang merdeka.

Justeru itu, sama-samalah kita mengubah sikap dan kembali ke landasan sebenar supaya tidak terus hanyut dan leka dengan keselesaan yang dinikmati hari ini. Masyarakat patriotik adalah masyarakat yang anggotanya bertatasusila luhur, berdaya maju, melindungi dan mematuhi serta memelihara undang-undang dan peraturan. Untuk membentuk masyarakat madani, pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendidikan dan tarbiyah secara berkesan penting kerana pembangunan material serta kepesatan perkembangan ekonomi semata-mata belum tentu menjanjikan terbinanya masyarakat yang bermoral.

Warga My Smart Golden Works mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-,57 kepada calon UPSR, PT3, SPM, STPM & STAM  2014 dan seluruh rakyat Malaysia. 

"MALAYSIA... DILAHIRNYA SEBUAH CINTA"

- Pengarah Urusan My Smart Golden Works.

Selasa, 12 Ogos 2014

PROGRAM MOTIVASI KEUPAYAAN PENINGKATAN MINDA (PT3) 2014



Pada 11 Ogos 2014 (Isnin), En. Mohd Daud Salleh telah diundang oleh SMK Dato' Ahmad Arsad, Batu Anam, Segamat sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk, Slot 1 : Kuasa Diri, Kuasa Minda, Kuasa Kejayaan dan Slot 2 : Kemahiran Menghadapi Peperiksaan dan Mengendalikan Tekanan, dalam Program Motivasi Keupayaan Peningkatan Minda (PT3) 2014Ceramah ini mengandungi dua slot. Slot pertama mengambil masa 2 jam (8.00 pagi. hingga 10.00 pagi). Slot yang kedua juga mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga 12.30 ptg.) dihadiri oleh 120 orang pelajar tingkatan 3. Program ini diadakan di Dewan Seminar Kolej Komuniti Segamat 2, Segamat. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pentadbiran SMK Dato Ahamd Arsad, Segamat  dan Unit Bimbingan dan Kaunseling serta semua guru yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.